Pasti ramai dalam kalangan anda menggemari Tamar Cocoa ini. Ia adalah serbuk minuman seperti Milo, Coklat Malt dan lain-lain serbuk minuman. Namun serbuk minuman keluaran Al Hadad Marketing Sdn.Bhd ini sangat istimewa kerana dicampurkan dengan kurma sekali.
Siapa yang pernah merasainya pastu tahu bagaimana kesedapan Tamar Cocoa ini. Pelbagai kebaikan minuman ini antaranya ia bagus untuk kesihatan jantung, menguatkan tulang dan mengawal tekanan darah serta beberapa lagi kebaikannya.
Sudah bertahun-tahun berada di pasaran, pasti ia menjadi minuman kegemaran bagi penggemar coklat. Cocoa Tamar ini kebanyakannya dijual di kedai-kedai jamu, herba dan juga farmasi. Walaupun penjualannya dalam pasaran dijaga bagi memastikan keasliannya, masih ada juga segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab menjual produk yang bukan asli.
Sehubungan dengan itu, ramai pihak yang tetap memasarkan produk palsu ini sehingga kan pemilik Tamar Cocoa ini sendiri terpaksa turun pandang menyerbu beberapa kedai yang melakukan hal tersebut. Apabila dilihat produk yang dipasarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab ini tidak jauh beza pun dengan yang asli.
@syarifahnursafiyah Terima kasih atas kerjasama. 🤲😥
@syarifahnursafiyahTerima kasih atas kerjasama. 🤲😥♬ bunyi asal – Dausz Comunisz
Serupa namun tak sama. Mungkin itulah perkataan yang sesuai digambarkan untuk produk palsu ini. Ekoran itu, seorang wanita yang dikenali dengan nama Syarifah telah tampil menjelaskan perbezaan Tamar Cocoa yang palsu dan original.
Menerusi video yang dikongsikan dalam aplikasi TikTok, antara perbezaan yang boleh dilihat adalah dari segi logo dan material plastik produk berkenaan. Untuk lebih lanjut, anda boleh lihat video tersebut di bawah ini.
@syarifahnursafiyah Reply to @apokalips00 Details penerangan, kalau ada yang kurang jelas boleh komen tau ⚘🤗
@syarifahnursafiyah Reply to @apokalips00 ♬ original sound – PuanSyarifah
Kenapa ya ada yang sanggup memalsukan produk sehingga macam ini sekali. Jadi kami nasihatkan buat anda, perhatikan terlebih dahulu sebelum anda membeli serbuk minuman Tamar Cocoa ini. Nak lebih senang dan yakin, dapatkan sahaja di stokis atau pengedar yang sah.
Kredit: TikTok Puan Syarifah
Baca juga: Wanita Ini Kongsi Tips Nak Elakkan Milo, Nescafe & Apa-Apa Serbuk Menjadi Keras