Sesiapa yang mempunyai adik atau anak pasti faham dengan kerenah kanak-kanak yang pelbagai ragam ini. Kadang-kadang sampai tak tahu nak buat apa, lebih-lebih lagi jika ada sesuatu yang membuatkan mereka meragam. Kadang-kadang berjam-jam meragam atau menangis sehinggakan dah buntu nak pujuk macam mana lagi.
Tidak kurang juga ada kanak-kanak yang suka bercakap dan melawan. Kadang-kadang kanak-kanak yang suka bercakap atau ‘mulut banyak’ ini nampak comel je kan? Ye la, masih berumur setahun jagung lagi tapi dah pintar dan lancar bercakap.
Seperti mana yang dikongsikan oleh Nur Athirah menerusi aplikasi TikTok berkenaan dengan adik lelaki yang bercakap seperti orang tua. Mendengarkan apa yang keluar dari mulut kanak-kanak lelaki ini membuatkan ramai warganet menganggapnya ianya satu perkara yang melucukan.
Mana tidaknya, kanak-kanak ini sempat mengajak ibunya meninggal sekali apabila ibunya itu melarang dia makan garam berlebihan. Menerusi video tersebut juga, kelihatan budak lelaki ini berusaha membuka sendiri bekas garam. Garam tersebut ingin dimasukkan ke dalam mihun sup yang ingin dimakannya. Dari awal video, tidak henti-henti dia bercakap.
https://www.tiktok.com/@cekk.co/video/7046704896841714970?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id7029156571620214274
@cekk.co dktahu nurung sape mulut banyok ? 😆 #fypdongggggggg #comel #hensemboy #fypシ #budaknakal #insanistimewa #babyboy #bongsu ♬ GOOD BOY X DANCE MANCING – Rian.A
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga TikTok geram melihat gelagat comel adik ini yang petah bercakap. Bukan itu sahaja, ada juga yang tertanya-tanya berapa umur adik ini.
Ada juga yang suka melihat adik comel ini. Tidak kurang juga ada yanng tidak dapat menahan ketawa apabila mendengarkan adik ini mengajak ibunya meninggal sekali.
Tidak dapat dinafikan, memang budak lelaki yang berumur 6 tahun ini sangat petah bercakap. Semoga menjadi anak yang soleh dan terus membahagiakan keluarga ya dik.
Kredit: TikTok Nur Athirah Irsalina