Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Cara Buat Laksa Beras Utara Yang Mudah & Pasti Menjadi, Jom Cuba Di Rumah!

Cara Buat Laksa Beras Utara Yang Mudah & Pasti Menjadi, Jom Cuba Di Rumah!

Kategori:

Laksa Beras Utara merupakan laksa yang dibuat sendiri. Dari adunan hingga lah menjadi laksa kesemuanya dibuat sendiri. Laksa beras ini memang berbeza dengan laksa kering, jika laksa kering dibeli lalu direbus namun laksa beras ini sebaliknya pula.

Nak buat sendiri laksa beras ini tak susah pun sebenarnya. Nak cuba buat? Jom kita ikuti perkongsian resepi dari Nik Amiera Nik Aziz ini. Menurutnya, ini adalah resepi yang disedekahkan atas nama arwah ibunya iaitu Azizah Bt Che Ma. Semoga dengan perkongsian resepi ini ia dapat memberikan pahala yang berterusan buat ibunya.

Nurul sedekahkan resepi laksa beras ni atas nama arwah mak Nurul, Azizah Bt Che Ma. Semoga ilmu berguna yang nurul bagi ni mak dapat pahala berterusan dekat sana. Jemput siapa nak ambil resepi ni. Tak yah minta izin, mana yang nak buat bisnes meniaga pun ambil la. Al-fatihah mak. 

Resepi Lengkap Laksa Beras Utara Yang Mudah & Menjadi

Bahan-bahan:

  • 2 cawan tepung beras | jangan guna cap teratai **
  • 1 cawan tepung gandum **
  • 2 sudu tepung ubi **
  • Air panas

Bahan kacau atas api: 

  • 1 cawan tepung beras
  • 2 cawan air

Cara Penyediaan:

  1. Semua bahan bertanda letak dalam besen besar. Kacau-kacau biar mesra.
  2. Tuang air panas sedikit demi sedikit sampai jadi doh. Masa ni uji kesabaran sikit sebab panas. Hati-hati, kacau dengan sudip perlahan-lahan. Biar sejuk kejap baru uli sampai jadi doh.
  3. Siap jadi doh tu, ambil kuali besar. Masak air sampai mendidih. Ambil asam keping dalam 2 keping letak dalam kuali. Bila dah mendidih baru tekap dalam acuan dia.
  4. Nak tahu laksa masak, laksa tu timbul di permukaan. Kalau tak timbul jangan dok angkat. Takut mentah.
  5. Angkat masuk dalam besen bersih, basuh bawah air sebanyak 2 kali. Toskan sampai kering, siap dah boleh makan. Kalau nak kukus pun boleh.

Nota: Kalau doh lembik, tambahkan sedikit tepung gandum. Uli sampai jadi doh yang elok. Masuk sikit-sikit tau tepung gandum. Takut nak tekan laksa nanti tak boleh pula.

Mudah sahaja kan nak buat Laksa Beras Utara ini? Nanti kalau menjadi, nak buat jualan pun boleh. Jangan lupa juga ya untuk kongsikan resepi ini kepada kenalan anda.

Kredit: Nik Amiera Nik Aziz Via MATJHN

Baca juga: “Guna Sardin Tin Je”, Wanita Ini Dedah Resepi Asam Laksa Yang Paling Kaw & Sangat Mudah!

tags: |