Nasi merupakan makanan ruji kebanyakan rakyat Malaysia. Malah rakyat negara lain juga ada yang turut menjadikan nasi ini sebagai makanan utama. Bahkan jika tidak memakan nasi ini dalam satu hari tak lengkap rasanya. Pergi la mana-mana negeri pun, pasti akan temui juga nasi.
Jika bercakap soal nasi ini, pelbagai jenis nasi yang ada di Malaysia. Dari nasi lemak hinggalah ke nasi ayam dan nasi putih biasa. Itu belum cerita soal nasi air dan jenis-jenis beras yang digunakan.
Berkenaan dengan nasi ini, seorang perempuan yang dikenali dengan nama Nazrina Nazri sempat berkongsi sebuah video di aplikasi TikTok berkenaan dengan nasi berdiri. Ekoran nasi yang berdiri itu dia merasakan ada satu perasaan yang agak pelik. Nak kata geli pun tidak, mungkin lebih kepada geram.
Sehinggakan apabila melihat nasi tersebut, Nazrina berasa seakan ingin mengacau nasi tersebut untuk tidurkan dia semula. Menerusi video berkenaan, memang kelihatan nasi tersebut betul-betul berdiri. Mungkin itu satu kejadian yang biasa selepas nasi masak. Lebih-lebih lagi kalau menggunakan beras basmati.
@nazrinanazri Nasi berdiri..😶
@nazrinanazriNasi berdiri..😶♬ original sound – Nazrina Nazri
Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dan komen dari warganet. Ada yang berasa meremang bulu roma apabila melihat nasi berkenaan. Tidak kurang juga ada yang sempat bergurau menanyakan adakah Nazrina ini memasang lagu negaraku.
Dalam masa yang sama ada juga warga TikTok yang menulis ia adalah penyakit Trypophobia di mana tidak boleh melihat gambaran atau benda yang sedemikian rupa.
Video yang dikongsikan oleh Nazrina ini juga turut mendapat perhatian dari rakyat negara jiran iaitu Indonesia. Rata-rata dari mereka berasa merinding apabila melihat nasi berkenaan berdiri.
Mungkin ada di antara korang yang pernah menyaksikan kejadian nasi berdiri ini saat nasi sudah masak kan? Mungkin juga bagi sesetengah orang ia adalah kejadian biasa sahaja. Tapi tidak bagi orang yang mempunyai Trypophobia.
Kredit: TikTok Nazrina Nazri
Baca juga: Nasi Tak Habis Jangan Dibuang, Boleh Buat Nasi Lemak Untuk Sarapan. Baru Tak Membazir