Pasti ramai dalam kalangan kita yang menggemari kek yang berasaskan coklat bukan? Rata-rata yang menggemari kek coklat ini adalah orang perempuan dan kanak-kanak. Walaupun begitu, kek coklat ini sudah banyak dijual di pasaran dan pastinya kita sudah berasa sedikit bosan menikmati kek coklat sahaja.
Jadi apa kata kita cuba pula makan Kek Coklat Brulee. Nak buat Kek Coklat Brulee ini tidaklah susah dan tidaklah terlampau senang. Namun kena berhati-hati sahaja, pasti menjadi punya. Nak cuba buat? Jom kita ikuti perkongsian resepi dari Nor Asiah Jenal ini.
Cara Mudah Buat Kek Coklat Brulee Yang Sedap
RESEPI KEK COKLAT
Bahan-bahan:
Bahan A:
- 6 biji telur A
- 1 cawan susu pekat
- 1 1/4 cawan gula kastor
- 1 cawan susu cair/susu segar/susu penuh krim (paling sedap rasa antara 3 ni adalah susu penuh krim, tapi paling lembab kalau guna susu cair)
- 1 cawan minyak masak
- 1 1/2 sudu besar ovalet
- 1 sudu besar esen vanilla
- 1 sudu besar emulco coklat
Bahan B: Diayak kalau rajin. Tak ayak pun tiada masalah.
- 1 cawan serbuk koko
- 2 1/2 cawan tepung superfine/gandum
- 2 sudu teh soda bikarbonat
- Secubit garam
Cara Penyediaan Kek:
- Masukkan bahan A dalam bekas kecuali minyak masak. Mix sebati.
- Apabila dah sebati dan sedikit pucat serta agak gebu, masukkan minyak. Mix dalam 10 minit.
- Masukkan bahan B. Kacau perlahan dulu barulah mix dengan kelajuan tinggi. Takut tepung terbang habis ke muka nanti.
- Dah siap sedia di kukus.
- Kukus guna loyang 7 inci selama 1 jam.
Apabila dah masa keluarkan dari pengukus. Biarkan dalam 5 minit baru buka penutup, tujuan dia tak nak bagi kek mendap dan kekalkan kelembapan kek.
RESEPI LAYER KEDUA:
Bahan-bahan:
- 300 gram susu segar
- 200 gram whipping krim
- 50 gram coklat masakan putih
- 70 gram vanilla flan (ada jual kat kedai bakeri)
Cara Penyediaan:
- Masak susu segar dan wiping krim hingga mendidih. Masukkan coklat masakan putih. Biarkan cair dan masukkan pula vanilla flan.
- Kacau sampai pekat sikit. Curahkan atas kek moist dan masukkan dalam peti ais.
RESEPI LAYER KRIM COKLAT:
Bahan A:
- 1 cawan whipping cream dan 250 gram coklat masakan koko. Masukkan gelatin halal 10 gram yang sudah dicair secara double boil dan kacau rata.
Bahan B:
- Bekas berasingan kacau guna sudu 3 biji kuning telur dan 3 sudu gula kastor. Double boil bila nampak dah makin cerah masukkan bahan A.
Bahan C:
- Bekas berasingan putar krim cheese 100 gram. Masukkan bahan A dan B tadi.
Bahan D:
- Putar 1 1/2 wiping krim hingga kental. Campurkan bahan-bahan ABC yang sudah disebatikan. Curahkan atas lapisan vanilla flan dan sejukkan semalaman dalam peti ais.
- Last sekali curahkan coklat ganache di atas dan simpan dalam peti ais selama 1 jam.
RESEPI SOS COKLAT/GANACHE:
Bahan-bahan:
- 1 cawan white compound chocolate
- 2 cawan milk compound chocolate
- 2 cawan dark compound chocolat
- 1 cawan uht whipping cream
- 1 tin susu cair
- 1 cawan susu pekat manis
- 2 sudu besar buttercup
* Compound coklat beli yang coin atau bentuk syiling. Takde sangat baru beli yang bar senang.
Cara Penyediaan:
- Panaskan susu, uht whipping cream. Bila krim dah agak panas masukkan ketiga-tiga jenis coklat.
- Kacau sampai sebati dan masukkan susu pekat serta buttercup.
- Api jangan besar, memadai untuk larutkan coklat sahaja. Sekejap ya masaknya. Tak sampai 10 minit pun.
- Kalau rasa agak cair boleh tambahkan white chocolate. Lagi sedap ni.
Nota: Satu loyang kek tu boleh potong 2,3 layer ye. Letak dalam bekas 6 inci dan ikut step di atas.
Buat penggemar Kek Coklat Brulee ini bolehlah cuba buat sendiri dekat rumah. Pasti puas hati punya. Kalau beli dekat kedai, kadangkala tak cukup. Lebih-lebih lagi kalau ahli keluarga ramai, jadi ada baiknya jika buat sendiri sahaja. Jadi tunggu apa lagi tu? Jom kita buat sekarang!
Selamat mencuba!
Kredit: Nor Asiah Jenal
Baca juga: Resepi Kek Coklat Indulgence Ala Secret Recipe, Rasanya Seakan Sama Memang Tak Rugi Kalau Cuba Buat