Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Rahsia Ayam Masak Kicap ‘Meleleh’, Sangat Sedap. Tak Puas Meratahnya!

Resepi Rahsia Ayam Masak Kicap ‘Meleleh’, Sangat Sedap. Tak Puas Meratahnya!

Kategori: ,

Ayam banyak dalam peti tapi tak tahu nak masak apa untuk makan tengahari atau makan malam? Tak usah pening-pening kepala, masak je masakan yang simple namun sangat menyelerakan. Salah satunya adalah Ayam Masak Kicap Meleleh. Biasa kalau makan ayam masak kicap, kuah dia pekat dan tak meleleh kan?

Jadi apa kata kali ini cuba pula buat yang versi meleleh ni. Pasti puas hati punya. Nak cuba buat tak ni? Kalau nak jom kita ikuti perkongsian resepi dari Ameera di bawah ini.

Cara Buat Ayam Masak Kicap Meleleh Yang Sedap & Menyelerakan

Bahan-bahan:

  • Ayam (lumur kunyit dan garam)
  • Bawang putih 6 ulas
  • Bawang merah kecil 6 biji
  • Bawang besar 1 biji
  • Halia besar ibu jari
  • Serai 1 batang
  • 1 batang kulit kayu manis
  • Daun kari
  • Rempah kari ayam 1 peket kecil
  • 4 sudu makan kicap kipas udang manis
  • 1 sudu makan kicap pekat
  • 3 biji cili padi (belah 2)
  • Gula dan garam

Cara Penyediaan:

  1. Goreng ayam yang sudah dilumur garam dan kunyit.
  2. Tumbuk bawang putih, bawang merah kecil, bawang besar dan halia.
  3. Guna minyak goreng ayam tadi, kalau banyak buang sikit. Masukkan serai yang dah dititikkan.
  4. Masukkan juga kulit kayu manis, daun kari dan bahan tumbuk tadi.
  5. Tuangkan 1 paket kecil rempah ayam.
  6. Letakkan sedikit sahaja air kerana nak rempah masak sehingga pecah minyak.
  7. Tuangkan kicap kipas udang manis.
  8. Masukkan juga kicap pekat untuk menghitamkan kuah.
  9. Masukkan juga cili padi. Kalau tak suka pedas, tak perlu letak.
  10. Masukkan 1 sudu makan gula dan sedikit garam.
  11. Kemudian masukkan ayam dan gaul rata.
  12. Siap untuk dihidangkan. 

Mudah sahaja kan nak buat Ayam Masak Kicap Meleleh ni? Dijamin sedap dan bikin ketagih. Kalau memang angan-angan nak ratah, memang tak boleh buat sikit. Kena buat banyak terus. Jadi tunggu apa lagi tu? Jom kita masak sekarang!

Selamat mencuba!

Kredit: Ameera

Baca juga: Lama Tak Makan Mamak? Ini Dia Resepi Ayam Masak Kicap Mamak Style Yang Super Marvelous!

 

tags: |