Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Cara Buat Kerepek Pisang Tanduk Yang Mudah & Sedap. Tak Puas Makan Licin Sebalang!

Cara Buat Kerepek Pisang Tanduk Yang Mudah & Sedap. Tak Puas Makan Licin Sebalang!

Kategori: ,
cara buat kerepek pisang tanduk

Siapa penggemar kerepek pisang? Mesti ramai yang menggemari snack yang rangup dan sedap ini kan. Selain pisang nangka, pisang tanduk juga sangat enak jika dibuat kerepek. Malah bukan sahaja sedap malah bentuknya juga jauh lebih besar. Memang puas hati kalau buat sendiri tau.

Nak cuba buat Kerepek Pisang Tanduk ni? Jom kita ikuti perkongsian resepi dari Sri Rahayu ini. Caranya sangat mudah. Kalau anda tak pernah buat sekalipun, pasti menjadi punya kalau ikut cara ini. Yang penting jangan derhaka resepi ya.

Cara Buat Kerepek Pisang Tanduk Yang Mudah & Rangup

Bahan-bahan:

  • Pisang tanduk 7 biji
  • Baking powder 1 sudu makan
  • Garam
  • Minyak untuk menggoreng

Cara Penyediaan:

  1. Kupas pisang kemudian sagat sampai habis. Untuk elakkan pisang tak jadi hitam, masa sagat tu langsung masukan pisang dalam air biar terendam.
  2. Basuh atau bilas pisang yang sudah disagat tadi hingga bersih. Kemudian toskan. 4 kali bilas ya.
  3. Kemudian ambil bekas atau besen dan masukkan air secukupnya. Then, masukan baking powder. Kacau-kacau air tu sehingga baking larut.
  4. Kemudian masukkan pisang dan rendam selama 15 hingga 20 minit.
  5. Selepas 20 minit buang air rendaman dan bilas pisang 1 kali. Kemudian rendam lagi pisang dengan air biasa.
  6. Panaskan minyak dalam kuali. Sambil-sambil tunggu minyak panas tu, ambil pisang secukupnya dan toskan. Kemudian goreng hingga separuh masak. Masukkan sedikit garam, goreng lagi hingga warna kuning keemasan.
  7. Angat dan tapiskan. Buat macam yang di atas sampai pisang habis.
  8. Siap untuk dimakan.

Mudah sahaja kan nak buat Kerepek Pisang Tanduk ni? Kalau tak nak guna pisang tanduk pun tak mengapa, guna sahaja pisang lain yang sesuai untuk dibuat kerepek. Antara pisang yang anda boleh guna untuk dibuat kerepek adalah pisang nangka, pisang abu, pisang lang dan pisang nipah. Jadi tunggu apa lagi tu, jom kita pergi cari pisang dan cuba membuatnya sekarang!

Selamat mencuba!

Kredit: Sri Rahayu Viia MATJHN

Baca juga: Resepi Pengat Pisang Dengan Sagu. Pencuci Mulut Yang Klasik, Simple Dan Sedap. 30 Minit Dah Boleh Siap!

tags: |