Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Gapo Ni Ameera? Kotor..” Gelagat Lucu Ameraa Khan Prank Ibunya Buat Ramai Terhibur

“Gapo Ni Ameera? Kotor..” Gelagat Lucu Ameraa Khan Prank Ibunya Buat Ramai Terhibur

Kategori:
gelagat lucu ameera prank ibunya

Prank atau dalam bahasa Melayunya adalah gurauan merupakan sesuatu yang biasa dalam masyarakat kita pada hari ini. Tidak kira sama ada prank yang kelakar, sedih atau pun mengecewakan. Namun rata-ratanya apabila melihat video atau kejadian prank ini akan terhibur.

Seperti mana prank yang dilakukan oleh adik Neelofa iaitu Ameera Khan kepada ibunya membuatkan orang ramai terhibur. Menerusi video yang dikongsikan oleh Syahidah Shatdli yang berdurasi selama 13 saat itu diaplikasi TikTok itu telah mendapat perhatian ramai.

Gelagat lucu ibu Ameera saat di prank

Menerusi video tersebut, dapat dilihat Ameera menghulurkan aiskrim kon yang palsu kepada ibunya. Namun ibunya tanpa mengesyaki apa-apa dengan selamba membaca bismillah dan membuka mulutnya. Ekoran aiskrim tersebut bukanlah aiskrim yang sebenar, ibunya terhenti dan bertanya kepada Ameera apakah ini. Tidak lama kemudian, kedengaran pula suara ketawa dari belakang.

Korang boleh melihat sendiri video tersebut di bawah ini. Pasti tak henti ketawa, lebih-lebih lagi apabila mendengar suara ketawa yang sungguh melucukan.

@syahidahshatdli Nakal betul ameera😂 #fyypppppppppp #ameerakhan #fypシ #fypyourpage ♬ original sound – Hamba Allah

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dan komen dari warganet. Namun rata-rata berasa sangat terhibur dengan gelagat mereka sekeluarga ini. Bukan itu sahaja, ada juga warganet yang terhibur kerana ibu Kartini siap membaca bismillah lagi.

Siap bismillah mak dia..

Tidak kurang juga ada warganet yang faham kenapa ibunya membuka mulut untuk merasai aiskrim tersebut. Melihat aiskrim tersebut yang persis aiskrim sebenar, pasti dia juga turut terkena.

Memang nampak real..

Kelakar memang kelakar tapi kesian pula dekat ibu Neelofa ini.Sampai merah padam muka ibunya. Walau apa pun kami doakan semoga keluarga ini kekal bahagia selamanya.

Kredit: TikTok Syahidah Shatdli

Baca juga: “Dia Buat Macam Kedai Runcit..”, Gelagat Lucu Gadis Minta Makanan Dari Jiran Sebelah Buat Warganet Terhibur

tags: | |