Makanan merupakan sesuatu yang kita makan dan akan menjadi darah daging kita. Bahkan makanan yang kita makan itu juga berkait rapat dengan kesihatan tubuh badan kita. Oleh sebab itu, makanlah makanan yang halal dan menyihatkan. Selain makan makanan yang halal, pemilihan makanan yang bersih juga teramat penting.
Mengapa? Hal tersebut adalah bagi mengelakkan berlakunya keracunan makanan. Lebih-lebih lagi jika makan di luar seperti di restoran atau pun kedai makan. Pastikan kedai yang dikunjungi berada dalam keadaan bersih dan selamat. Kalau nampak tak bersih dan kurang yakin, seelok-eloknya jangan singgah di kedai tersebut.
Berkenaan dengan kedai makan ini, viral sebuah video di aplikasi TikTok berkenaan dengan penjual yang mengambil lauk dengan hanya menggunakan tangan. Menerusi video yang dikongsikan oleh Nanakoot, jelas kelihatan penjual berkenaan meletakkan lauk ke atas nasi tanpa menggunakan senduk.
Namun yang peliknya, lauk-pauk lain diletakkan ke atas pinggan dengan menggunakan senduk. Pastinya melihat situasi sebegini ia akan membuatkan kita hilang selera. Mana tidaknya, tangan yang langsung tidak berlapik dengan sebarang alas itu dipegang lauk sedemikian rupa.
Walaubagaimanapun, tidak dapat diketahui dengan lebih jelas di manakah terletaknya kedai makan ini. Namun melihat kepada komen warga TikTok di ruangan komen, mungkin kedai berkenaan terletak di Indonesia.
@nanakoot Auto Laper apa auto kenyang nih 😂😂 … moga fyp #nanakoot #kulinersemarang #serbapedas #kulinertiktok #semarang #fyp
@nanakoot Auto Laper apa auto kenyang nih 😂😂 … moga fyp #nanakoot #kulinersemarang #serbapedas #kulinertiktok #semarang #fyp ♬ Oh No – Kreepa
Menjengah ke ruangan komen, pelbagai maklum balas dan reaksi dari warga TikTok. Namun rata-rata daripada mereka berasa geli geleman melihat situasi tersebut.
Tidak kurang juga ada yang tiba-tiba berasa hilang selera walaupun pada waktu berkenaan dia berasa lapar. Malah ada juga yang berasa bimbang jika penjual berkenaan sebelumnya sudah memegang wang atau barangan lain.
Dalam masa yang sama, ada juga warga TikTok yang pelik mengapa penjual berkenaan tidak menggunakan senduk. Sedangkan pada ketika itu, senduk masih ada di dalam periuk atau bekas berkenaan.
Kalau korang berada di situasi seperti ini, adakah korang akan makan? Bagi sesetengah orang, mungkin ianya adalah satu perkara yang biasa. Namun tidak bagi orang yang sangat menitik beratkan soal kebersihan dan kesihatan.
Kredit: TikTok Nanakoot
Baca juga: Tinggal Serumah Dengan Mentua, Menantu Baik Hati Masak ‘Nangis’ Bila Lauknya Dibuang