Nasi lemak merupakan antara hidangan yang sangat digemari oleh masyarakat kita pada hari ini. Jika pada zaman dahulu, nasi lemak ini hanya akan menggunakan sambal bilis sebagai hidangan namun lain pula pada zaman sekarang. Memandangkan dunia semakin moden, lauk pun kena moden.
Lihat sahaja di kedai-kedai makan atau restoran hari ini pasti banyak penjual yang menyediakan lauk yang pelbagai aneka seperti ayam, sambal sotong dan sambal kerang. Tapi apa yang penting dalam penyediaan nasi lemak adalah sambalnya. Kalau sedap sambal yang dibuat, pasti semuanya akan turut sedap.
Nak tahu cara buat sambal nasi lemak yang lebih sedap dan enak? Jom kita ikuti sahaja perkongsian resepi dan petua dari Rose Perodua ini. Ikuti sahaja resepi dan segala petua yang dikongsikan olehnya. Pasti menjadi dan sangat sedap.
Masak sambal tumis nampak simple tapi kenapa rasa lain-lain dan warna sambal ada yang merah ada yang hitam? Ada yang sedap ada yang tak sedap. Pada peniaga-peniaga nasi lemak ambil la petua ni supaya sambal tumis anda lebih sedap dan orang makan pun jadi ketagih. Pengalaman berniaga nasi lemak akak share pada semua. Tapi sekarang akak tak berniaga dah. Dah pencen.
Nak tahu petua masak sambal yang lebih enak? Jom buat siap-sipa cili kering kisar. Senang nak masak jimat masa dan yang paling penting sambal atau sayur yang hampa masak lagi sedap kalau buat cili kisar macam ni. Nak-nak kalau sambal tumis ikan bilis, sambal ikan, sambal ayam, sambal sotong, sambal ketam atau udang.
Serius memamg sedap. Tapi yang paling penting masa kita kat dapur sangat-sangat jimat. Nak masak cili kisar dah siap dah. Ambil bawa keluar dari peti ais terus masak. Akak dari dulu memang suka buat siap-siap cili kisar ni sebab nak jimat masa memasak.
Sambal tak payah letak halia dengan belacan. Sebab halia akan buat sambal tu rasa pahit-pahit. Cukup sekadar letak air asam jawa untuk menghilangkan rasa hanyir ikan bilis, ikan, udang. ketam, sotong atau ayam. Belacan pun tak perlu letak sebab belacan akan hilangkan bau wangi cili kisar.
Tak perlu belacan untuk menghasilkan sambal tumis lebih sedap. Letak air asam jawa, gula 3 sudu besar dengan garam secukup rasa itu sudah memadai untuk menghasilkan masakan sambal yang sedap. Tapi harus diingatkan cili kisar tu kena pastikan betul-betul garing sebelum letak air asam jawa tu.
Petua masak sambal ni nak sedap, cili kena betul-betul garing ye. Gula pula letak last. Dah letak gula tu terus tutup api dang angkat terus ye. Jangan biarkan sambal tu dalam kuali. Itu petua sambal tu nampak merah dan tak hitam serta lebih wow.
Untuk peniaga-peniaga nasi lemak lepas hampa goreng ikan bilis tu dan bila ikan bilis tu dah masak angkat terus ikan tersebut. Kemudian terus masukkan cili kisar ni. Masak sampai sambal betul-betul garing. Memang lama masak sambal untuk orang yang berniaga nasi lemak ni sebab sekali masak cili berkilo-kilo. Kerap kacau, merecik jangan cerita. Habis dapur. Sukatan cili dan bahan-bahan hampa gandakan je sukatan bahan-bahan tu.
Buat anda yang baru berjinak-jinak dalam perniagaan nasi lemak, bolehlah ikuti resepi, tips dan petua di atas ini. Bukan sahaja untuk peniaga, untuk para ibu atau semua yang nak mencuba memasak nasi lemak, bolehlah ikuti petua tersebut. Sangat mudah yang penting jangan derhaka ya.
Kredit: Rose Perodua
Baca juga: Cara Buat Cili Kisar Supaya Sambal Jadi Sedap, Boleh Diguna Untuk Pelbagai Masakan Juga