Minuman Starbucks merupakan antara minuman yang sangat popular dalam kalangan rakyat Malaysia pada hari ini. Agak mahal namun minuman ini tetap digemari lebih-lebih lagi bagi peminat minuman berkopi serta orang-orang muda. Lihat sahaja di cawangan yang terdekat dekat anda, memang jarang sekali kelihatan golongan tua yang mengunjungi restoran branded ini.
Ramai golongan tua atau mak ayah kita yang tidak mahu akan minuman mahal ini. Kata mereka pelik, lebih baik minum sahaja kopi di rumah. Lebih enak dan sedap. Hal yang lebih kurang sama juga turut berlaku kepada ibu kepada seorang wanita ini.
Menerusi perkongsian video menerusi aplikasi TikTok berkenaan ibu Qissazzled yang minum Starbucks raih perhatian orang ramai. Reaksi ibunya selepas minum air tersebut sangat comel. Menerusi video tersebut juga, kelihatan muka ibunya berkerut selepas menyedut air Starbucks tersebut.
Setelan menelan minuman tersebut, ibunya juga sempat berkata pahit selepas Qissazzled berkata sedap. Walaupun begitu, menerusi ruangan komen Qissazzled mengatakan pada awalnya ibunya tidak mahu. Bagi free sekalipun dia tetap tidak mahu tapi akhirnya habis separuh gelas.
https://www.tiktok.com/@qissazzled/video/7048912660020137242?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id7029156571620214274
@qissazzled Mak saya try starbuck! #starbucksdrinks #tiktokdrink #fyp ♬ original sound – Qissazzled
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji ibunya yang kelihatan sangat comel ini. Bukan sahaja dari segi kelakuan namun dari segi reaksi muka juga sangat comel.
Ada juga yang sempat bertanya apa nama air tersebut. Mungkin ada yang terliur selepas melihat ibu ini menikmatinya. Tidak kurang juga ada yang berasa risau memandangkan air tersebut tinggi gulanya.
Comel sangat kan makcik ni. Mungkin inilah gelagat atau reaksi mak ayah kita bila pertama kali cuba minuman Starbucks ini. Didoakan semoga makcik ini sihat walafiat dan sentiasa berada dalam lindungan dan rahmatnya.
Kredit: TikTok Qissazled