Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Promosi » KFC Keluarkan Kembali Golden Egg Burger, Menu Yang Sangat Enak & Beraroma. Sedap Hingga Menjilat Jari!

KFC Keluarkan Kembali Golden Egg Burger, Menu Yang Sangat Enak & Beraroma. Sedap Hingga Menjilat Jari!

Kategori: ,
Golden egg burger KFC

Berita baik untuk peminat telur masin. Kini KFC keluarkan kembali Golden Egg Burger yang enak dan beraroma. Memandangkan kita semua sudah berhadapan dengan tahun yang sangat mencabar sebelum ini. Jadi hidangan yang simple namun cukup memukau ini adalah sebagai tanda meraikan permulaan tahun baru 2022.

KFC Golden Egg Burger merupakan menu untuk waktu yang terhad. Cepat dapatkan selagi mana sempat. Golden Egg Burger ini mengetengahkan resepi makanan popular dalam kalangan rakyat Malaysia iaitu telur masin. Namun ianya diolah dengan lebih sempurna dan sedap hingga menjilat jari.

KFC Golden Egg Burger Disaluti Dengan Gabungan Aneka Bahan Lazat

Burger yang terdiri dari filet Zinger Hot & Spicy  ini disaluti dengan gabungan aneka bahan lazat beraromatik seperti telur asin, daun kari, dan parsli yang kemudiannya dilengkapi dengan mayonis telur asin berkrim, kepingan keju dan cincangan salad segar lalu diapit dengan ban bijan bakar.

Tampil Dengan 4 Pillihan

Menu yang tampak simple namun rasanya cukup luar biasa. Korang boleh dapatkan burger ini dengan beberapa pilihan iaitu Ala Carte, Kombo, Box Meal dan Buddy Meal. Untuk Buddy Meal ia dilengkapi dengan 2 KFC Golden Egg Burger, 2 ketul ayam dan Cheezy Wedges.

Jadi tunggu apa lagi tu? Jom dapatkan sekarang di cawangan KFC yang berdekatan dengan korang. Kalau tak nak beratur panjang, korang boleh dapatkan dengan lebih selamat, pantas dan mudah menerusi aplikasi KFC Delivery, Self Collect dan juga pandu lalu. Layari www.KFC.com.my atau muat turun aplikasi KFC
Malaysia.

Jangan lupa juga untuk sampaikan berita baik ini kepada kenalan dan keluarga korang ya!

 

tags: |