Usia 60 tahun ke atas merupakan waktu kebanyakan dari kita sudah bersara atau tidak lagi bekerja. Hanya berehat di rumah, menikmati kehidupan usia tua dan memperbanyakan amal. Namun tetap ada juga warga emas yang masih gigih bekerja pada usia tersebut.
Entah mengapa, mungkin mereka bosan duduk di rumah atau pun mereka sememangnya terpaksa melakukannya demi meneruskan kelangsungan hidup. Seperti mana yang dikongsikan oleh Jarir Harun menerusi aplikasi TikTok berkenaan dengan atuk yang masih lagi gigih menjual kerepek.
Menerusi video tersebut, kelihatan atuk yang berkain pelikat itu membawa 1 plastik besar yang mana terisi dengan kerepek dari meja ke meja. Melihat situasi yang menyedihkan itu, isteri Jarir meminta suaminya membeli kesemua kerepek tersebut agar atuk ini boleh pulang awal ke rumah.
Dalam masa yang sama, Jarir juga sempat berborak bersama atuk ini. Menurut Jarir, macam-macam cerita yang disembangkan dengan warga emas yang kelihatan masih kuat ini. Namun agak menyedihkan bila atuk tersebut berkata bukan semua orang nak beli. Apatah lagi untuk membeli kesemua kerepeknya.
Mungkin anda sendiri boleh melihat video yang dikongsikan oleh Jarir ini. Sungguh tidak dapat menahan sebak lebih-lebih lagi apabila mengetahui atuk ini suka akan kanak-kanak. Mulianya hati warga emas ini apabila setiap meja yang ada kanak-kanak dia akan hulurkan kerepek secara percuma sahaja.
@jarirharun Semoga Allah pelihara Atuk 😘
@jarirharunSemoga Allah pelihara Atuk 😘
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga TikTok berasa kasihan dan sedih melihat apa yang dilakukan oleh atuk ini. Dalam masa yang sama ramai juga yang mendoakan kebaikan untuk atuk ini.
Tidak kurang juga ada yang turut mempunyai hati yang mulia apabila bertanya di mana pakcik ini berada. Katanya dia ingin transfer kan wang bagi membeli semua makanan yang dijual.
Malah ada juga yang tidak dapat bayangkan andai ini itu adalah orang tua mereka dan ada yang teringat akan arwah ayah dan atuk mereka apabila melihat sosok badan atuk ini.
Sedih dan kasihan. Itulah antara perasaan yang boleh digambarkan apabila melihat atuk ini yang masih gigih mencari rezeki. Tidak dapat diketahui apa latar belakang dan kisah disebalik kegigihan atuk ini namun didoakan semoga atuk ini sentiasa sihat serta dalam peliharaan Allah selalu.
Kredit: TikTok Jarir Harun
Baca juga: Viral Berkenaan Atuk Buat GrabFood Di Usia 68 Tahun, Rupa-Rupanya Ini Sebabnya. Terpaksa Tanggung..