Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Wanita Dedah Resepi Percik Ikan Kembung Terlampau Sedap, Menu Yang Wajib Dicuba!

Wanita Dedah Resepi Percik Ikan Kembung Terlampau Sedap, Menu Yang Wajib Dicuba!

Kategori: ,
Resepi Percik Ikan Kembung

Menu percik seperti ikan percik atau ayam percik merupakan antara menu yang sangat popular pada bulan puasa. Sehinggakan rata-rata gerai pasti akan menjual menu ini. Tapi kalau nak makan pada hari biasa agak susah untuk didapatkan. Kadangkala dalam banyak-banyak kedai, hanya satu kedai sahaja yang menjual menu percik ini.

Jadi apa kata buat sendiri sahaja di rumah menggunakan resepi Percik Ikan Kembung yang didedahkan oleh Suhasnida Ismail ini. Katanya resepi percik Kelantan ini yang paling sedap. Kalau nak tahu betul ke tidak, jom kita cuba.

Cara Buat Percik Ikan Kembung Yang Mudah & Menyelerakan!

Bahan-bahan:

Bahan A: Perap ayam/ikan

  • 8 ulas bawang putih
  • 3 batang serai
  • 1 inci halia
  • 1 tbsp cili kering
  • Sedikit serbuk perasa/aji/pasti sedap
  • 1tbsp garam
  • 1/2 tbsp jintan manis
  • Secubit belacan (optional)
  • Sedikit air untuk blend

Bahan B: Bahan Kuah

  • 8 biji bawang merah size 50sen
  • 2 ulas bawang putih
  • Sehiris halia
  • 1 tbsp ketumbar biji (sangai)
  • Secubit belacan

Bahan C: 

  • 3 tbsp cili kering
  • 900ml santan pekat
  • 2 hiris asam limau/asam keping

Bahan D: Bahan Perasa

  • 2 tbsp garam bukit
  • 2 tbsp gula pasir
  • 2 tbsp gula kabung thai
  • 1 tsp serbuk perasa/aji/pasti sedap

Cara Penyediaan:

  1. Kisar bahan A dan lumur pada ikan dan perap sejam.
  2. Jika guna ayam, lumur pada ayam dan rebus sekejap ayam di atas dapur dengan sedikit santan sehingga separuh masak.
  3. Blend bahan B dan masukkan dalam periuk.
  4. Masukkan bahan C.
  5. Kemudian perasakan dengan bahan D.
  6. Masak sampai mendidih & pekat.
  7. Bakar ikan atau ayam sampai masak.
  8. Salut kuah percik pada ikan atau ayam dan bakar. Buat 4x salutan baru percik lagi bertambah sedap.
  9. Kuah percik ni dapat untuk 5 ekor ikan, 1 ekor setengah ayàm size 2kg.
  10. Siap untuk dihidangkan

Mudah sahaja kan nak buat Percik Ikan Kembung ni? Ikut je langkah dekat atas ini. Pasti menjadi punya. Namun awas, nanti hari-hari pula rasa nak makan percik ni. Penat pula nak masak nanti. Jadi nak cuba ke tak nak cuba? Kalau nak cuba, jom kita mula masak sekarang!

Selamat mencuba!

Kredit: Suhasnida Ismail

Baca juga: Resepi Mudah Ayam Percik Tanpa Santan, Customer Order Nak Beli Seekor Terus

tags: | | |