Teh o ais limau merupakan antara minuman kebanyakan rakyat Malaysia. Ia dalah teh o yang dicampur dengan perahan limau nipis atau pun esktrak lemon. Rasa teh yang biasa itu akan menjadi bertambah enak jika dicampurkan dengan perahan limau.
Rata-rata dalam kalangan kita ini memang amat menggemari minuman ini. Lebih-lebih lagi penggemar makanan atau minuman yang masam, pasti setiap hari tidak pernah tinggal minuman ini. Namun tahukah anda minuman ini sangat bahaya untuk kesihatan kita dalam jangka masa panjang.
Hal tersebut pernah dikongsikan oleh Pakar Perubatan Islam iaitu Tuan Hisham Hashim. Beliau sempat melarang orang ramai untuk tidak minum teh o ais limau memandangkan ia mempunyai beberapa keburukan untuk kesihatan kita.
Antara keburukannya adalah ia boleh mengeringkan lendir mukosa yang berada dalam perut. Apabila lendir ini mengering, akan berlakunya sembelit dan 90 peratus penyakit akan terbentuk. Jadi mohon orang ramai hentikan minuman ini. Lebih-lebih lagi bagi yang sangat-sangat menggemarinya.
Tambah beliau lagi menerusi video yang dikongsikan kembali oleh bungaseroja menerusi aplikasi TikTok, kalau nak minum sirap limau, limau ais, limau panas boleh sahaja. Cuma jangan minum teh o ais limau ini.
@bungaserojamekar♬ bunyi asal – bungaseroja#
Menjengah ke ruangan komen, pelbagai maklum balas dan reaksi dari warga TikTok yang menonton video berkenaan. Ada yang terkejut kerana baru mengetahui hal ini.
Ada juga yang berasa sedih, memandangkan minuman tersebut adalah minuman kegemaran mereka. Dalam masa yang sama, ada juga warga TikTok yang sempat berkongsi kisah insan tersayang yang setiap hari minum minuman ini meninggal dunia gara-gara kanser usus. Tidak kurang juga ada yang bersetuju dengan apa yang diberitahu oleh pakar ini kerana sekarang dia sendiri menghidap sakit usus.
Semoga apa yang disampaikan oleh Tuan Hisham ini dapat membuka mata kalian berkenaan dengan bahaya minuman teh o ais limau ini. Jadi selepas ini, hentikan minuman ini. Kalau nak minum sangat, minum minuman berlimau yang bukan dicampur dengan teh. Kesannya memang tidak nampak sekarang namun akan datang siapa tahu. Mencegah adalah lebih baik dari merawat.
Kredit: TikTok bungaseroja
Baca juga: Matcha Dan Teh Hijau Sama Atau Berbeza? Jangan Terkejut Dengan Fakta Menarik Yang Ramai Tak Tahu!