Ayam merupakan antara hidangan yang mudah untuk disediakan. Malah ramai dalam kalangan kita juga sangat menggemari lauk ini. Selain dibeli yang sudah siap. Kita juga membeli ayam mentah dari pasar segar, pasaraya atau mana-mana kedai yang menjual ayam ini.
Kebiasaanya kalau beli ayam mentah dari kedai, pastinya kita akan meminta pihak kedai memotong siap-siap ayam tersebut. Balik rumah tinggal basuh dan cuci elok-elok sahaja. Kemudian terus masak. Senang dan cepat kerjanya.
Berkenaan dengan ayam mentah ini, pernah kah korang melihat orang makan ayam mentah-mentah. Belum dimasak atau bukan juga yang separuh masak, namun masih lagi betul-betul mentah. Seperti mana yang dikongsikan oleh seorang gadis menerusi aplikasi TikTok.
Gadis yang dikenali dengan nama Baby Girl itu telah memuatnaik sebuah video yang menunjukkan dia selamba makan ayam mentah begitu sahaja. Sambil mata memandang ke bawah, dia dengan bersahaja makan atau menghirup ayam berkenaan. Jelas kelihatan dia mengunyah dan menelan ayam tersebut seperti ayam biasa.
Meliihatnya makan ayam tersebut begitu sahaja pasti menimbulkan rasa loya kan? Mana tidaknya, teriingat akan bau ayamnya yang hanyir dan kenyal. Kalau tersilap makan yang separuh masak pun dah termuntah apatah lagi jika makan ayam yang mentah seperti ini.
https://www.tiktok.com/@aweky15zr/video/7051047763076861186?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id7029156571620214274
@aweky15zr awek kau lawa ?? Makan ayam mentah tak ?? #fyp #fypシ #foryou #runsgd🇸🇬🇸🇬🇸🇬🇲🇾🇲🇾🇲🇾 ♬ bunyi asal – orangaslitemiarGeorgetown🤗🇲
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga TikTok terkejut dengan apa yang dilakukan oleh gadis ini. Bukan sahaja ada yang berasa geli dan loya, malah ada yang tertanya-tanya kenapa dengan gadis ini. Apa yang berlaku kepadanya sehinggakan dia tampak biasa sahaja ketika makan ayam tersebut.
Tidak kurang juga ada yang berseloroh mengatakan ia adalah jelmaan penanggal. Malah ada juga yang mengatakan orang yang makan benda yang berdarah ini biasanya ada saka, jin atau pendamping.
Tidak tahu apa yang dilalui oleh gadis ini sehinggakan dia boleh makan ayam mentah sebegitu. Jika gadis ini berada dalam keadaan sedar, mohon elakkan melakukan atau memakan makanan mentah seperti ini. Ianya sangat berbahaya untuk kesihatan. Namun sekiranya ada sesuatu yang berlaku kepadanya, didoakan semoga kembali sembuh.
Kredit: TikTok BABYGIRL
Baca juga: “Wangi Gulai Ayam Aku Hari Ni..”, Disangka Santan Kelapa Rupanya Santan Pandan Buat Ramai Terhibur