Resepi kali ini adalah bengkang tepung beras gula merah. Nampak sama seperti puding tetapi lain sebenarnya. Bahan-bahan dan caranya sangat mudah didapati dan senang sahaja. Resepi ini memang sesuai lagi-lagi kalau rasa bosan dan ingin makan makanan yang simple tetapi manis dan kena dengan tekak.
Resepi Bengkang Tepung Beras Gula Merah
Bahan-bahannya :
- 2 cawan tepung beras
- 7 sudu besar tepung jagung
- 7 cawan santan
- ¾ cawan gula putih
- 1 cawan gula merah timbang
- Garam
Cara-caranya :
- Loyang di sapu minyak kemudian panaskan sekejap di dalam oven. Panaskan oven terlebih dahulu 5-10 minit suhu 180°C.
- Satukan ke semua bahan di dalam bekas, kemudian kacau sehingga sebati.
- Bila semua dah sebati dan gula sudah larut, masukkan di dalam kuali atau periuk, masak di atas api sehingga kental. Guna api sederhana sahaja.
- Bila dah kental, alihkan ke dalam loyang, bakar di dalam oven selama 1 jam atau lebih ikut oven masing-masing. Pada suhu 180°C api atas bawah (5 minit terakhir, tukar api atas untuk mendapatkan kesan hangus).
- Bila dah masak, sejukkan terlebih dahulu baru potong.
Inilah Resepi Bengkang Tepung Beras Gula Merah, pastikan lapisaan atasnya betul-betul bakar pasti rasaanya lebih sedap dimakan. Selamat mencuba.
Kredit: Shah Shatry
Baca Juga: Ini Dia Cara Buat Bengkang Ubi Gula Merah Yang Sedap Lagi Menggiurkan, Sekali Makan Tak Boleh Berhenti