Jeruk pauh atau mangga merupakan antara buahan yang kita boleh dapatkan di tepi jalan atau lampu isyarat. Penjual akan meletakkan mangga ini di dalam tabung bersama-sama dengan asam boi dan dijual dengan harga RM10 sebekas atau setabung. Harga tersebut sememangnya agak mahal.
Dan pastinya kita akan mengharapkan apa yang kita dapat itu setimpal dengan harga yang dijual. Pasti kecewa bukan apabila makanan yang kita beli dengan harga yang agak mahal menghampakan kita. Bayar mahal-mahal tapi makanan yang dibeli sudah lembik. Bukan itu sahaja, kulit dan biji juga tidak dibuang dengan baik.
Hal tersebut memang pastinya akan menimbulkan rasa ketidak puasan hati dalam kalangan pembeli. Seperti mana yang berlaku pada Shah_Amie ini. Di mana pada awalnya, niat dia untuk membeli jeruk mangga adalah untuk menyokong penjual. Namun apa yang berlaku pada akhirnya cukup menghampakan.
Menerusi video yang dikongsikan melalui aplikasi TikTok itu, dia menjelaskan buah mangga yang dibelinya dari penjual yang dirahsiakan itu adalah untuk menyokongnya. Namun ianya tidak boleh dimakan kerana mangga tersebut masih mempunyai lapisan kulit dan biji. Bukan itu sahaja, terdapat juga bendasing iaitu cebisan span.
Dengan nada yang kurang berpuas hati, Shah turut menasihatkan peniaga berkenaan agar kalau nak menjual jangan buat sebegitu rupa. Susah bagi pelanggan untuk memakannya.
https://www.tiktok.com/@1shahamie1/video/7050638705454812442?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id7029156571620214274
@1shahamie1ore beli sbb nk support…tp Gini dlm Dio…ngn ad span halus…Pas lekat ngn rambut…gapo namo rima mu ni jual…aiyooooo!!♬ original sound – Shah_Amie
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga TikTok turut berkongsi yang mereka juga pernah menghadapi situasi yang lebih kurang sama dengan Shah.
Malah ada juga yang seolah-olah sudah tahu di tempat mana mangga tersebut dijual. Namun tidak tahu dengan lebih tepat, di lampu isyarat mana dan siapa.
Tidak kurang juga ada yang berkongsi kisah mengenai penjual yang meletakkan mangga yang segar di tepi bekas. Namun ditengah-tengahnya diletakkan buah yang sudah lembik dan buruk.
Melihat apa yang berlaku kepada Shah dan rakan TikTok yang lain. Memang ianya satu perkara yang sangat mengecewakan. Kecewa dengan sikap segelintir peniaga yang hanya buat kerja mudah. Langsung tidak menitik beratkan soal kebersihan, keselesaan dan rasa makanan yang dijual kepada pelanggan. Kalau perkara sebegini masih berlarutan, macam mana penjual nak maju. Fikir-fikirkan.
Kredit: TikTok Shah_Amie
Baca juga: Gara-Gara Mengidam Jeruk Mangga, Tindakan Pemandu Ini Telah Menyusahkan Orang Lain & Menyebakan..