Minuman Starbucks merupakan antara minuman yang sangat popular dengan pelbagai jenis campuran perasa. Harganya juga agak mahal jika dibandingkan dengan minuman biasa. Namun tidak menjadi masalah kerana rasanya memang setanding dengan harganya yang mahal.
Minuman ini juga agak istimewa kerana nama akan ditulis pada bekas minuman yang dibeli. Terserah kepada kita nak tulis nama apa, hanya bagitahu sahaja pihak barista Starbucks yang anda kunjungi.
Berkenaan dengan nama pada minuman Starbucks ini, terbaharu viral sebuah video di aplikasi TikTok tentang seorang perempuan yang tidak membuang bekas minuman yang dibeli ditempat yang sepatutnya. Perempuan atau wanita berkenaan dikenali dengan nama Husna berdasarkan kepada nama yang ditulis pada bekas minuman tersebut.
Video yang dikongsikan oleh Idasudin ini menunjukkan bekas minuman tersebut berada di atas rumput di tepi jalan. Ekoran itu dia memuatnaik video berkenaan bagi mencari tuan empunya bekas tersebut. Dia juga berharap agar video yang dikongsikan itu sampai kepada tuan badan.
https://www.tiktok.com/@idasudin/video/7051511287834021147?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id7029156571620214274
@idasudin alahai kesian, nama lawa tapi… sambung lah sendiri. Harap pemilik bekas ni ada tiktok dan video ni sampai kepada tuan empunya bekas. #positif #idasudin #viralkanvidio ♬ Hujan Dimalam Minggu Remix – 𝑄𝑥𝑀♡︎
Memandangkan warganet Malaysia ini terkenal dengan sikap yang suka bergurau, ramai dalam kalangan mereka meninggalkan komen yang bikin terhibur. Mana tidaknya, ramai yang berseloroh mencari siapa nama Husna.
Tidak kurang juga ada yang menyatakan husna tersebut adalah lelaki dan ada yang bernama Husna meninggalkan komen mengatakan itu bukan dia.
Walaupun perkongsian dari Ida ini seolah-olah akan membawa kecaman namun sebaliknya pula yang berlaku. Ramai pula yang meninggalkan komen berbaur lawak. Semoga apa yang dikongsikan oleh Ida ini dapat membuka mata semua supaya membuang sampah ke tempat yang sepatutnya.
Kredit: TikTok Idasudin