Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Kek Marble Oreo Yang Sungguh Moist Dan Sedap. Rasa Padat Tapi Tak Muak Bila Makan!

Resepi Kek Marble Oreo Yang Sungguh Moist Dan Sedap. Rasa Padat Tapi Tak Muak Bila Makan!

Kategori: ,
resepi kek marble oreo

Pasti sudah ramai dalam kalangan anda yang pernah merasai Kek Marble bukan? Kek Marble ini merupakan antara kek yang sangat popular pada zaman sekarang. Malah ramai yang membuat dan menjual kek ini dan menjadikannya sebagai pendapatan utama atau pun tambahan.

Untuk membuat kek marble ini sangatlah mudah. Namun pastinya anda sudah terbiasa dengan menu atau kek yang biasa. Mungkin untuk kali ini anda boleh mencuba kek marble istimewa seperti Kek Marble Oreo berperisa vanilla dan cappucino ini. Resepi yang dikongsikan oleh Neny Lai Han ini kelihatan sangat menyelerakan.

Cara Buat Kek Marble Oreo Perisa Vanilla & Cappucino Yang Enak & Mudah

Bahan A:

  • 5 biji telur gred c
  • 3/4 cawan gula dikisar
  • 1 tsp esen vanila
  • 1 tbsp ovallete
  • 4 tbsp susu pekat
  • 2 tbsp butter @majerin dicairkan

Cara Penyediaan:

  1. Pukul gula dan telur. Masukkan telur sebiji-biji pukul hingga kembang dan menjadi putih.
  2. Masukkan esen vanila dan ovallete pukul hingga gebu selangkan susu pekat pukul sebati.
  3. Kemudian tuang butter yang dicairkan sedikit demi sedikit kacau guna spatula. Kacau dari arah bawah ke atas. Step ini bagi menggelakkan ada cairan butter mendap dibawah.

Bahan B:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 tsp double baking action
  • 1/2 tsp emulco coffee
  • 2 tbsp extra dark cocoa powder
  • Biskut oreo secukupnya
  • Oreo crumbs secukupnya

Cara Penyediaan:

  1.  Ayakkan tepung gandum bersama double baking action dalam bekas.
  2.  Tuang sedikit demi sedikit ke dalam adunan A dan kacau rata menggunakan spatula.
  3.  Bahagi dua adunan dan satu adunan tambahkan emulco coffee dan extra dark cocoa powder kacau rata.
  4.  Tuang adunan vanila dan ratakan memenuhi loyang dan tabur rata oreo crumbs.
  5. Kemudian tuang adunan cappucino dan ratakan menutup adunan vanila. Kemudian susunkan biskut oreo.
  6. Tuangkan lagi adunan vanila dan ratakan menutupi adunan cappucino dan taburkan rata oreo crumbs dan susun biskut oreo mengikut suka.
  7. Hentakkan loyang manja sebelum masukkan dalam oven. Bakar suhu 175′ selama 10 minit pertama rak paling bawah bagi mengelakkan biskut oreo tenggelam.
  8. Kemudian sambung bakar selama 35 minit pada rak tengah atau sehingga masak. Setelah kek masak rehatkan sekejap kek dengan membuka sedikit pintu oven sebelum keluarkan kek dari oven.
  9. Siap untuk dihidangkan.

kek marble

Nampak mudah sahaja kan untuk membuat Kek Marble Oreo ini? Bukan sahaja mudah, namun hasilnya juga sangat cantik dan kelihatan sangat menyelerakan. Jadi tunggu apa lagi tu? Jom lah kita cuba masak sekarang!

Kredit: Neny Lai Han

Baca juga: Resepi Kek Marble Loaf Yang Simple Namun Sedap, Owner Siap Kongsi Tips Lagi Tau!

tags: |