Tauge merupakan anak benih yang baru bercambah dari kacang hijau. Walaupun baru menjadi anak benih, ianya boleh dimakan dan merupakan salah satu sayuran yang popular. Selain dimakan secara mentah, seperti dicicah dengan budu dan dimasukkan ke dalam nasi kerabu. Sayur ini juga boleh dimasukkan ke dalam masakan.
Sayur yang kaya dengan vitamin A dan C ini sering kali dijumpai dalam sup, char kueh teow dan kueh teow goreng. Berhubungan dengan tauge ini, pastinya ramai dalam kalangan kita yang kurang menyukai atau langsung tidak menyukai sayur ini.
Kalau pergi makan dekat kedai, siap pesan lagi tidak mahu sayur anak benih dari kacang hijau ini. Kalau ada pun, pasti asingkan awal-awal sebelum dimakan. Namun bagi yang sanggup mengasingkannya satu persatu memang harus dipuji. Seperti mana yang dikongsikan oleh King NazRen Drakers di group Facebook Persatuan Tak Makan Tauge Satu Malaysia (PTT1M).
Di mana dia gigih mengasingkan sayur dan tauge dari kueh teow yang ingin dimakannya itu. Tidak tahu berapa lama masa yang diambil untuk mengasingkan semuannya namun dia sempat menulis diruangan caption mengatakan akhirnya berjaya asing semua.
Akhir nya berjaya asing semua….
Melihat perkongsian dari lelaki ini yang begitu gigih, ramai warganet yang teruja dan bangga dengan kesungguhannya. Selain itu, pelbagai komen dan maklum balas warganet berkenaan dengan perkongsian asingkan tauge ini.
Ada yang mengucapkan tahniah dan ada juga yang sempat meninggalkan komen mengatakan walaupun sudah di asingkan namun masih perlu berhati-hati. Bimbang sekiranya masih ada kepala tauge dalam makanan tersebut.
Tidak kurang juga ada yang mengatakan walaupun sayur tersebut sudah diasingkan namun rasa atau baunya masih ada. Bahkan ada yang bercerita akan melakukan perkara yang sama memandangkan dia juga tidak menyukai sayuran ini.
Bagi individu yang anti pada tauge ini pastinya akan menjadi mimpi ngeri apabila temui sayur ini dalam masakan. Belum lagi termakan. Kalau termakan tak tahu apa nak cakap. Bau yang belum masak pun dah lari lintang pukang, kalau termakan mahu tak makan sebulan gamaknya.
Kredit: King NazRen Drakers Via Facebook Persatuan Tak Makan Tauge Satu Malaysia (PTT1M).