Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Ikan Baung Masak Tempoyak

Resepi Ikan Baung Masak Tempoyak

Kategori: ,
Ikan Baung Masak Tempoyak

Pada entri kali ini saya nak kongsikan dengan anda semua resepi ikan baung masak tempoyak. Bagi anda yang belum masak dan suka makan tempoyak tu boleh lah ikuti resepi seperti yang saya dah sediakan untuk anda semua. Jangan risau kerana resepi ini mudah dan bahan-bahannya juga senang untuk diperolehi di kedai-kedai runcit.

Ikan Baung Masak Tempoyak

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 1 ekor ikan baung saiz sederhana
  • 3-4 sudu tempoyak
  • 4 cawan air – agak-agak pekat kuah disukai
  • 1 biji cili merah – opsyenal untuk bagi kuah merah
  • Segenggam cili padi merah – ikut pedas disukai
  • 1 inci kunyit hidup
  • Secekak daun kesum
  • Sedikit garam

Cara-cara penyediaan & memasak:

  1. Tumbuk cili merah, cili padi dan kunyit hidup. Jangan sampai terlalu hancur pulak.
  2. Kemudian masukkan tempoyak dan ditumbuk supaya bergaul rata.
  3. Masukkan ikan dan kesemua bahan ke dalam periuk.
  4. Masak dengan api perlahan sehingga ianya merenih dan menggelegak.
  5. Setelah menggelegak, masukkan daun kesum.
  6. Masak dalam 2-3 minit sahaja dan bolehlah tutup api.

Selamat mencuba! Belum cuba belum tahu.

Kredit: Rasa.my

tags: