Pernahkah anda berada di situasi perut berbunyi-bunyi akibat kerana kelaparan. Tidak kira sama ada tidak sempat makan mahu pun tiada wang untuk membeli makanan. Pasti ramai dalam kalangan korang yang pernah melalui situasi yang memeritkan ini. Apabila perut sudah terlalu lapar, segala makanan yang kelihatan depan mata pasti rasa sedap dan menggiurkan.
Sampaikan tidak pandang kiri kanan dan teliti baik-baik makanan yang ingin dimakan. Kadang kala lepas dah kenyang atau makan dah hampir separuh baru perasan ada sesuatu yang tidak kena.
Seperti mana yang berlaku kepada Ida Aida, di mana dia langsung tidak perasan roti yang dimakan sudah berkulat akibat terlalu lapar. Walaubagaimanapun dia tidak boleh melakukan apa-apa. Hanya boleh memandang sahaja roti berkulat tersebut.
Melihat beberapa keping gambar yang dikongsikan menerusi group Masak Apa Tak Jadi Hari Ni jelas kelihatan tompokan kulat pada roti yang dipegang. Tompokan kulat yang kelihatan sebesar duit 10 sen itu mungkin tidak selamat untuk dimakan.
Lapar punya pasal telan roti dah nak habis baru perasan roti berkulat. Nak buat macam mana dah masuk perut
Perkongsian yang dibuat oleh Ida ini telah menarik perhatian orang ramai. Pelbagai komen dan reaksi daripada warganet. Ada yang menyarankan untuk makan sahaja dan buang bahagian yang berkulat itu.
Dalam masa yang sama ada juga yang melarang untuk memakannya. Walaupun kulat tersebut hanya sedikit dan kecil sahaja namun ada yang menyatakan roti tersebut tidak selamat untuk dimakan. Katanya, apabila roti sudah berkulat itu bermakna kulat tersebut sudah tumbuh dan kita tidak mengetahui akarnya sampai mana sebab dia sejenis kulat. Jadi untuk mengelak berlakunya keracunan makanan, lebih baik jangan makan.
Tidak kurang juga ada yang berkongsi pengalamannya masing-masing di mana mereka masih makan roti yang berkulat bahkan sudah biasa. Cumanya mereka akan membuang bahagian berkulat tersebut.
Walaubagaimanapun, tetaplah jangan makan roti berkulat ini. Memandangkan kulat dan akarnya tidak dapat dilihat dengan mata kasar, jadi amat bahaya itu kita memakannya. Bimbang jika berlaku keracunan makanan teruk dan boleh membawa maut.
Kredit: Ida Aida