Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home Β» Berita Β» “Pernah Sekali Hampir Termakan..”, Wanita Ini Tunjuk Cara Masak Ular Ripong Namun Ini Reaksi Netizen

“Pernah Sekali Hampir Termakan..”, Wanita Ini Tunjuk Cara Masak Ular Ripong Namun Ini Reaksi Netizen

Kategori: ,
Wanita Ini Tunjuk Cara Masak Ular Ripong

Ular merupakan antara binatang atau haiwan dari kelompak reptilia. Kebanyakan haiwan ini adalah berbisa dan ramai dalam kalangan kita takut dan gerun akan binatang ini. Bukan sahaja berasa takut, malah untuk memakannya juga jauh sama sekali. Seperti yang kita ketahui, bahawa ular ini termasuk dalam haiwan dan binatang yang haram dimakan dalam Islam.

Orang Islam sama sekali tidak dibenarkan untuk memakannya kecuali waktu-waktu darurat. Seperti terperangkap di dalam hutan dan untuk berubat. Namun begitu, makan ular adalah satu kebiasaan bagi segelintir masyarakat yang tinggal di Sabah dan Sarawak. Mereka yang tinggal di kawasan pendalaman ini kebiasaanya akan menyediakan lauk pauk dari ular sawa.

Wanita kongsi cara masak ular ripong tarik perhatian

Berkenaan dengan ular sawa ini, ada seorang wanita di aplikasi TikTok sempat berkongsi cara masak hidangan atau lauk yang menggunakan ular. Menu tersebut dikenali dengan nama Ular Ripong. Menerusi video yang dikongsikan oleh lawingtojeq ini, jelas kelihatan kulit ular tersebut disalar sehingga menjadi hitam terlebih dahulu.

Kemudiannya, dia memotong kecil dan menumbuk bahan tumisan. Video tersebut memang menunjukkan dengan jelas setiap langkah penyediaan Ular Ripong ini. Dari awal sehingga lah ular tersebut siap dimasak. Namun hasil yang kelihatan seperti ayam masak kicap sahaja.

@lawingtojeqUlar ripong πŸπŸβ™¬ Hujan Dimalam Minggu Remix – 𝑄π‘₯π‘€β™‘οΈŽ

Video berkenaan telah menarik perhatian netizen dan mendapat pelbagai reaksi yang mengejutkan dari warga TikTok yang melihat. Ada yang mengatakan kalau lapar tutup mata kemudian makan sahaja. Keesokkan harinya baru buat solat taubat.

Malah ada juga yang berkata, sanggup kebulur dari makan ular ripong tersebut. Ada juga mengatakan masak sedap macam mana pun, dia tidak berani untuk memakannya. Tidak kurang juga ada menyangka ianya adalah ikan.

Walaupun begitu, tetaplah hormati makanan kaum lain. Jangan mengeji dan jangan mengeluarkan kata yang kurang menyenangkan.Β  Mungkin itu makanan yang cukup menyelerakan bagi mereka. Cukup kita hormati sahaja. Namun sekiranya korang beragama Islam, jangan sesekali mencubanya ya.

Kredit: TikTok lawingtojeq

Baca juga: Viral Video Wanita Makan Sup Katak Nampak Sedap Namun Ini Pula Komen Padu Dari Warga TikTok

 

tags: |