Tidak dapat dinafikan yang cuaca di Malaysia sekarang ini sangat panas. Jika duduk berehat di rumah atau bekerja di pejabat tanpa sebarang kipas dan penghawa dingin memang rasa tidak selesa. Mana tidaknya, ketiak dah berpeluh, baju pun dah basah.
Bukan sahaja sebelah siang cuaca panas namun apabila malam tiba pun terasa panas juga. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang tinggal di kawasan yang tiada pokok yang banyak. Nak tidur malam memang tak lena, kipas pun dah pasang berbiji-biji namun tetap wap panas itu terasa.
Nak cuba tak cara mudah nak bagi rasa sejuk macam aircond tapi dengan hanya menggunakan kipas? Cara ini memang mudah dah sangat jimat, dengan hanya menggunakan botol air dan ais sahaja. Nak tahu lebih lanjut? Jom kita ikuti perkongsian Mus di bawah ini.
Mudah sahaja kan cara buatkan kipas terasa sejuk seperti aircond? Bukan sahaja mudah, malah sangat jimat. Cara ini memang sangat sesuai untuk anda yang tak nak membazir untuk pasang penghawa dingin. Cara ini pun sudah cukup untuk buatkan anda dan ahli keluarga anda selesa.
Jangan lupa juga tau untuk kongsikan cara mudah ini kepada kenalan anda semua. Semoga dengan perkongsian yang kecil ini dapat membantu atau memberikan keselesaan pada yang susah untuk tidur malam gara-gara cuaca panas yang terlampau.
Kredit: Mus, Viral Muafakat Johor
Baca juga: Peti Tak Sejuk? Lelaki Ini Kongsi Cara Membaikinya Dengan Modal RM12 Sahaja