Sejak kebelakangan ini, banyak bahan mentah dan bahan kering yang telah naik harga. Bukan sahaja sayuran dan buahan malah bahan kering seperti gandum, milo dan beberapa lagi bahan lain juga semakin tinggi harganya. Ekoran itu, ramai dalam kalangan kita yang tidak berpuas hati.
Bukan salah peniaga sebenarnya, mereka terpaksa juga menaikan harga barangan yang dijual memandangkan mereka mengambil bahan-bahan tersebut daripada pengedar dengan harga yang sudah tinggi. Jika dijual dengan harga yang murah, berapa sangat untung yang dia dapat.
Berkenaan dengan harga makanan naik ini, terbaharu ada seorang wanita (dirahsiakan namanya) meluahkan rasa tidak puas hati berkenaan dengan keledek goreng yang dibelinya. Menerusi video yang dimuat naik oleh wanita ini menerusi aplikasi TikTok, katanya keledek yang dibeli 5 keping RM2 itu sangat nipis.
Walaupun dia sedia maklum harga barangan naik, namun dia ibarat mempersoalkan keledek goreng yang terlampau nipis itu. Katanya keledek goreng tersebut senipis kerepek kentang. Tulis wanita ini pada video yang dikongsikan, zaman sekarang ni memang betul-betul kejam.
Mungkin niat wanita ini pada mulanya adalah untuk meluahkan rasa tidak puas hatinya kerana keledek goreng yang dibeli tidak setanding dengan harga. Walaupun begitu, ia telah menarik perhatian netizen. Rata-rata netizen meminta wanita ini menggoreng sendiri di rumah.
Malah ada juga yang menyatakan makanan bergoreng ini akan mengambil kira semua kos. Kos gas, minyak, tepung dan masa. Dalam masa yang sama, ada juga yang mengatakan orang yang pakai kereta Honda memang macam tu. Ada juga yang mengatakan Honda boleh bayar bulan-bulan, tak kan keledek pun nak bising.
Tidak kurang juga ada yang mengatakan lebih sedap jika keledek tersebut dipotong nipis dan ada juga yang meninggalkan komen mengatakan harga yang dikenakan oleh peniaga tersebut tidaklah terlalu mahal. Sudah setanding dengan makanan yang dijual memandangkan sekarang ini semua kos meningkat.
Mungkin wanita ini tidak pernah membeli keledek goreng tersebut dengan harga yang sedemikian rupa. Jadi 5 keping keledek nipis dengan harga RM2 itu membuatkannya terkejut. Sebagai pelanggan, kita tak boleh nak salahkan peniaga juga sebenarnya. Mereka yang berniaga ini sudah mengambil kira semua kos.
Begitu juga buat peniaga, memandangkan barangan sudah naik dan semakin naik jangan pula mengambil kesempatan dengan meletakkan harga yang tidak masuk akal. Berpada-pada lah.
Baca juga: Kenapa Pakar Sering Sarankan Ubi Keledek Dalam Makanan Bayi? Ini 5 Sebab Yang Wajib Anda Tahu!