Restoran yang berjaya bukan sahaja perlu mementingkan kualiti dan rasa makanan yang disediakan tapi juga perkhidmatan yang diberikan pada pelanggan. Memandangkan ramai yang sibuk dan bergesa-gesa, pelanggan tidak mempunyai masa yang lama untuk menunggu makanan yang dipesan. Lebih-lebih lagi bila mereka mempunyai banyak urusan, peniaga tidak seharusnya membiarkan pelanggan menunggu terlalu lama.
Berbuat begitu akan membuatkan para pelanggan berasa tidak berpuas hati. Dalam keadaan mereka yang lapar dan berasa sakit hati, sudah tentu mereka akan bertindak di luar jangkaan dan hilang timbang rasa.
Seperti mana yang telah dikongsikan di laman TikTok, oleh seorang pengguna, muhamad1brahim, yang mula hilang sabar dengan sebuah kedai makan. Memesan makanan di sebuah restoran di sebuah lapangan terbang, lelaki itu ingin menikmati makanan tersebut sebelum menaiki penerbangannya ke Semenanjung Malaysia.
Namun, oleh kerana terlalu lama menunggu dan perlu mengejar penerbangannya tak lama lagi, lelaki itu berasa tidak berpuas hati dan telah bertindak mengambil alat yang telah digunakan di restoran tersebut untuk memaklumkan pelanggan ketika pesanan mereka sudah siap dan sedia untuk diambil.
@muhamad1brahim #kuchinginternationalairport ♬ bunyi asal – 3droadmarkingchanel – wanroadmarking3d
Menjengah di ruangan komen, hal itu bukan sahaja terjadi pada lelaki itu. Bahkan mereka yang pernah ke restoran tersebut sering mengalami perkhidmatan yang lambat walaupun hanya memesan minuman.
Namun, ada juga segelintir warganet yang menasihatinya agar tidak bertindak melulu dan mencuri. Hal itu merupakan dosa dan satu kesalahan besar.
Peniaga tidak seharusnya membiarkan pelanggan menunggu terlalu lama bagi mendapatkan makanan mereka. Sebaliknya jika mengalami apa-apa masalah atau kekurangan di dapur, hal itu perlu dimaklumkan pada pelanggan supaya mereka jelas.
Walaupun tidak berpuas hati, pelanggan juga tidak perlu terlalu mengikuti perasaan dan bertindak tidak bertanggungjawab. Mencuri merupakan satu kesalahan yang boleh dikenakan tindakan undang-undang.
Kredit: TikTok muhamad1brahim