Selain nasi, roti juga turut menjadi makanan utama yang boleh mengenyangkan perut. Memandangkan roti ini berasal dari gandum dan sifatnya mengenyangkan, ia sering menjadi penyelamat saat kelaparan. Lebih-lebih apabila malas memasak pada waktu malam.
Roti buku atau roti keping sangat sesuai jika disediakan secara bakar. Letak pula marjerin atau jem, itu pun sudah memadai. Berkenaan dengan roti bakar ini, korang percaya tak kalau masih ada lagi yang tak tahu cara membakar roti menggunakan toaster?
Hal tersebut sempat dikongsikan oleh akeemsharyzal di aplikasi TikTok. Katanya, dia seolah-olah tidak percaya kerana dahulu dia tidak pandai membakar roti. Sungguh melucukan, apabila dia ikut sahaja arahan kawannya yang mengajar cara pelik.
Menerusi video tersebut dapat dilihat Akeem hanya meletakkan roti keping tersebut di bahagian atas tanpa meletakkannya di dalam lubang. Malah dia ikuti sahaja arahan kawannya yang meminta dia terbalikkan roti berkenaan seperti ikan bakar. Dengan bersahaja dia tanpa mengesyaki apa-apa ikuti sahaja arahan kawannya yang pada ketika itu sudah ketawa sakan.
@akeemsharyzal Aku macam tak percaya je dulu aku tak pandai bakar roti sampai jadi benak macam ni, sekarang aku dah pandai 😭🤣🙏🏻 #fyp
@akeemsharyzal Aku macam tak percaya je dulu aku tak pandai bakar roti sampai jadi benak macam ni, sekarang aku dah pandai 😭🤣🙏🏻 #fyp ♬ original sound – akeemsharyzal
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga TikTok terhibur apabila melihat gelagat lelaki ini. Ada juga yang berasa kasihan kerana dikenakan sedemikian rupa oleh kawannya.
Malah ada juga yang pada mulanya tidak sampai hati untuk gelak namun pada akhirnya tak dapat menahan ketawa apabila tiba di part terbalik-balikkan roti tersebut.
Walaupun begitu, Akeem sempat memberitahu di bahagian caption bahawa sekarang ini dia sudah pandai bakar roti. Mungkin pada ketika itu dia pertama kali melihat toaster dan pertama kali menggunakannya. Rasanya bukan lelaki ini sahaja yang tidak pandai, pasti ramai lagi diluar sana yang tidak tahu cara betul membakar roti kan?
Kredit: TikTok akeeemsharyzal
Baca juga: Kelakar! Excited Tengok Lembu Makan Dedak, Adik Ini Ambil Dan Suap Ke Mulut Juga!