Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Tolong Doakan..”, Wanita Sedih Suami Ketagih ‘Mountain Dew’, Minta Orang Ramai Doakan

“Tolong Doakan..”, Wanita Sedih Suami Ketagih ‘Mountain Dew’, Minta Orang Ramai Doakan

Kategori: ,
suami ketagih air mountain dew

Isu ketagihan ini memang satu perkara yang sangat susah untuk dibendung. Tidak kira sama ada ketagihan rokok, dadah, air ketum dan sebagainya. Untuk berhenti dari semua perkara yang menyebabkan ketagihan ini memerlukan fizikal, mental serta iman yang kuat.

Dalam masa yang sama, mereka yang ketagih ini juga sangat memerlukan semangat dan sokongan orang ramai. Sangat sedih sebenarnya, apabila melihat mereka yang ketagih sesuatu yang memberikan kesan buruk kepada kehidupan.

Suami ketagih ‘Mountain Dew’, isteri minta doa

Berkenaan dengan isu ketagihan ini, terbaharu ada seorang wanita yang sempat berkongsi rasa sedihnya di aplikasi TikTok. Wanita yang tidak diketahui apa nama sebenarnya ini meluahkan rasa sedih dan meminta orang ramai mendoakan suaminya agar berhenti dari meminum air Mountain Dew.

Dari video yang dikongsikan, jelas kelihatan air Mountain Dew tersebut sudah berubah warna. Maksudnya ianya telah dicampurkan dengan bahan lain yang mana akan membantu menguatkan badan. Kebanyakan yang meminum minuman ini adalah orang yang bekerja kuat.

Namun apalah ia disalahgunakan atau pun diminum secara berlebihan, ianya bakal mendatangkan kesan yang buruk. Dan sangat parah jika berlaku sesuatu kejadian yang tidak diingini seperti memukul isteri dan anak-anak seterusnya berlaku keruntuhan rumah tangga.

https://www.tiktok.com/@whoamitoyou4/video/7057140719269481754?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id7029156571620214274

@whoamitoyou4 Rindu suami yang dulu..😔😔 #ytjt ♬ BILA NANTI – NABILA MAHARANI

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dan pendapat warganet. Ada yang bertanya dan tidak faham air apakah yang diminum oleh suami wanita ini hingga menyebabkan wanita ini berasa sedih.

Malah ada juga warga TikTok yang sempat meninggalkan komen agar orang ramai turut mendoakannya. Dari umur 15 tahun individu tersebut sudah meminum minuman ini.

Tidak kurang juga ada yang mendoakan dan memberikan semangat kepada wanita ini agar terus kuat dan tabah. Di samping itu, ada juga yang tertanya-tanya apa sebenarnya yang terjadi. Apakah teruk sangat air ini.

Walaupun ia sekadar minuman Mountain Dew, namun apabila dicampur dengan bahan lain makan lain jadinya. Pada asalnya ianya digunakan sebagai ubatan namun sebaliknya pula yang berlaku. Ayuh, kita sama-sama doakan yang terbaik untuk suaminya dan sesiapa sahaja di luar sana yang sedang berhadapan dengan situasi sebegini.

Baca juga:  “Now, Makan Pun Berpantang..”, Wanita Menyesal Makan Jamu & Amal Minuman Untuk Kurus. Kini Hidap Bengkak Hati Dan Dimasukkan Ke Hospital 

 

tags: