Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Pertama Kali Temui Karipap Inti Kelapa, Wanita Ini Terkedu & Tak Jadi Makan Namun Ini..

Pertama Kali Temui Karipap Inti Kelapa, Wanita Ini Terkedu & Tak Jadi Makan Namun Ini..

Kategori:
karipap inti kelapa

Di Malaysia memang terdapat pelbagai jenis kuih muih yang sangat sedap dan menyelerakan. Ada kuih moden dan ada juga kuih tradisional. Kebiasaannya kuih muih ini kita sering dapatkan pada waktu pagi. Memandangkan kuih ini sangat sesuai untuk dijadikan sarapan pagi.

Seperti yang kita ketahui juga, karipap merupakan antara kuih yang sangat digemari oleh kebanyakan rakyat Malaysia. Kuih ini juga sering didatangkan dengan 2 jenis pilihan inti iaitu inti ikan dan inti kentang. Ada yang menggemari inti kentang namun ada juga sebaliknya. Lain orang, lain citarasa.

Wanita terkejut, temui karipap inti kelapa

Berkenaan dengan inti karipap ini, terbaharu ada seorang wanita yang dikenali dengan nama Hashimah Hashim sempat berkongsi mengenai dirinya yang tidak jadi untuk makan karipap yang dibeli. Katanya menerusi perkongsian di group Masak Apa Tak Jadi Hari Ni, dia tidak jadi untuk makan karipap yang dibelinya itu gara-gara karipap tersebut inti kelapa.

Bukan masak tak jadi tapi nak makan terus tak jadi makan. Selalu karipap inti kentang kan. Ni karipap inti kelapa. Ayoooooo. 

Namun tahukah anda, sebenarnya memang wujud karipap inti kelapa ini. Lebih-lebih lagi di sebelah utara. Karipap berinti kelapa ini dipanggil Spera di negeri tersebut dan sering dimakan bersama-sama dengan laksa. Selain dimakan dengan laksa, ada juga yang makan spera ini bersama-sama dengan makanan lain seperti putu mayang.

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dan komen dari warganet namun rata-ratanya menerangkan secara baik kepada wanita ini bahawa ia adalah spera. Selain itu, ada juga warganet yang mempersoalkan kenapa peniaga tidak meletakkan tanda nama bagi mengelakkan berlakunya kekeliruan dalam kalangan pembeli.

Tidak kurang juga ramai yang mengatakan rasa Spera ini sangat enak. Malah kebiasaannya orang Kedah akan buat inti pedas. Memang rasanya sangat sedap.

Mungkin wanita ini tidak pernah menemuinya sebelum ini memandangkan spera atau karipap inti kelapa ini popular dalam kalangan orang utara. Bagi masyarakat dari negeri lain, mungkin mereka tidak pernah menemui kuih ini.

Kredit: Hashimah Hashim Via MATJHN

Baca juga: “Niaga Macam Kita Nak Makan..”, Wanita Kecewa Beli Karipap Tapi Inti Semua Hangit. Ramai Warganet Tak Puas Hati!

 

tags: | |