Betul orang cakap, semakin meningkat usia kita semakin banyak dan besar dugaan akan datang. Pelbagai dugaan yang datang, kadangkala membuatkan diri lemah, jatuh dan tersungkur. Sehingga kadangkala dugaan tersebut membuatkan kita tertekan.
Tertekan atau depression ini memang menyakitkan. Nak makan tak berselera, menangis itu wajib sampai bengkak mata. Malah lebih teruk lagi adalah tertekan sampai ingin bunuh diri. Dan rata-ratanya yang mengalami tekanan hidup ini adalah kerana putus cinta.
Betapa sakitnya putus cinta ini kerana ia membuatkan fikiran kita bercelaru. Terbaharu, kerana tertekan gadis yang dirahsiakan namanya ini telah membuat keputusan menelan 40 biji Pcm (paracetamol). Ekoran itu, dia telah dimasukkan ke hospital kerana terlebih dos. Tekanan tersebut adalah akibat dari dua individu namun tidak dapat diketahui lebih jelas apakah cerita sebenar.
Akibat dari menelan 40 biji paracetamol tersebut kemungkinan besar hati gadis ini boleh rosak dan pemindahan hati perlu dilakukan. Walaubagaimanapun, setakat ini hati gadis tersebut masih lagi okey. Namun dia masih perlu mendapatkan rawatan doktor pakar psikiatri.
Kerana tidak kuat untuk bertahan dan melalui sendiri, gadis ini meminta agar orang ramai mendoakannya. Sempat mengucapkan terima kasih kepada dua individu yang telah membuatkan dirinya jatuh. Dalam masa yang sama dia juga mengucapkan terima kasih kepada ibu dan keluarga serta rakan-rakannya yang tak henti memberikan semangat dan sokongan.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga TikTok mendoakan dan memberikan kata semangat kepada gadis ini. Malah ada juga yang berkata, dia sangat memahami apa yang dilalui oleh gadis ini dan meminta gadis ini terus kuat.
Dalam masa yang sama, ada juga warga TikTok yang sempat berkongsi pengalamannya pada tahun 2016. Pernah berada di situasi yang sama malah lebih teruk lagi kerana individu tersebut koma dan berada dalam icu.
Orang yang menghadapi tekanan hidup ini memang sanggup lakukan apa sahaja. Depression is real. Semoga gadis ini diberikan kekuatan untuk bangkit dan bangkit lagi. Tunjukkan kepada orang yang menjatuhkan kita bahawa kita kuat dan bahagia ya. Buat anda semua yang tertekan saat ini, kuatlah selalu!