Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Sebab Ramai Yang Teruja, Doktor Ini Dedah Cara Masak Telur Masin Guna Air Fryer, Cantik Elok Kejadiannya!

Sebab Ramai Yang Teruja, Doktor Ini Dedah Cara Masak Telur Masin Guna Air Fryer, Cantik Elok Kejadiannya!

Kategori: ,
cara masak telur masin dalam air fryer

Telur masin merupakan antara lauk yang sering dihidangkan oleh kebanyakan dari kita bukan? Telur masin ini kebiasaannya dibuat dari telur itik. Namun ada juga yang membuat telur masin menggunakan telur ayam. Selain dibuat sendiri, telur masin ini juga banyak dijual di pasaran.

Nak buat telur masin ini ada beberapa cara. Cara yang paling mudah adalah dengan merendamkan telur itik atau ayam ke dalam air masin untuk beberapa ketika. Apabila ia sudah mencapai tempoh sepatutnya, kita bolehlah rebus dan makan telur berkenaan.

Berkenaan dengan rebus atau masak telur masin ini. Tahukah anda kita juga boleh menggunakan Air Fryer untuk memasak telur ini. Apabila menggunakan Air Fryer ini, caranya lebih mudah dan senang tau. Tak payah nak letak air, hanya letakkan sahaja telur berkenaan dalam Air Fryer dan setkan masa. Nak cuba? Jom kita ikuti cara yang didedahkan oleh Doktor Fatimah Salim ini.

Cara Masak Telur Masin Guna Air Fryer

cara masak telur masin guna air fryer

Telur masin masak dalam penggoreng elektronik (airfryer). Cantik kan kejadiannya? 

Mudah saja tetapannya

Suhu: 110 degree Celsius

Masa: 15 minit

Tambahan tips:

  • Masak tanpa air (saya masukkan dalam loyang tersedia)
  • Elakkan suhu tinggi, kerana telur boleh pecah dan meletup.

Lebih mudah dan cantik kan masak telur masin dalam Air Fryer ini? Bagi anda yang ada Air Fryer dekat rumah tu, boleh lah cuba masak telur masin macam ni. Dah tak payah nak letak air dalam periuk dan basuh. Masukkan je dalam penggoreng eletronik tu. Memang mudah, cepat dan sangat cantik kejadiannya!

Selamat mencuba!

Kredit: Dr Fatimah Salim Via Makmal Makanan

Kredit gambar: Syahr Musafir

Baca juga: Anak Nelayan Dedah 6 Tips Pilih Ketam Isi Padu & Penuh Telur, Baru Puas Hati Makan!

tags: | |