Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Selalu Batuk Lepas Makan Limau Mandarin? Pakar Ini Kongsi Tips & Cara Pilih Limau Mandarin Supaya Tak Batuk Lepas Makan

Selalu Batuk Lepas Makan Limau Mandarin? Pakar Ini Kongsi Tips & Cara Pilih Limau Mandarin Supaya Tak Batuk Lepas Makan

Kategori: ,
pilih limau mandarin elak batuk

Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi, kita bakal menyambut Tahun Baru Cina. Dan seperti yang semua ketahui, apabila tiba tahun baru ini pasti akan ada limau mandarin dijual di pasaran. Selain itu, ada juga rakan-rakan, kenalan atau bos yang memberikan buah limau ini berkotak-kotak.

Rasa limau mandarin ini memang sedap lain macam tau. Memang tak cukup satu kalau makan. Sebiji habis, ambil lagi sebiji. Hingga tak sedar dah makan berpuluh-puluh biji. Namun apabila makan terlalu banyak limau mandarin pasti tekak terasa lain macam.

Malah tiba-tiba juga batuk semakin teruk. Bagi yang mempunyai penyakit lelah, pasti lelah nya pula yang menyerang. Memang tidak hairan kerana ada sebahagian buah limau mandarin ini mempunyai salutan sulfur dioksida yang menyebabkan batuk atau pun lelah.

Ekoran itu, seorang ahli teknologis makanan iaitu Sazlu Tulih telah tampil menjelaskan dan berkongsi tips pilih limau dan cara nak elak batuk.

Limau Mandarin, Batuk dan Sulfur Dioksida

Sambutan Tahun Baru Cina dah semakin hampir, mesti anda semua dah dapat hadiah limau mandarin yang dihadiahkan oleh rakan-rakan berbangsa Cina atau beli sendiri di kedai buah atau pasaraya.

Buahnya manis dan sedapkan. Tapi pernah tak anda makan buah limau manderin ni dan batuk teruk? Saya pernah mengalaminya, tapi dah lama la, 15 tahun yang lepas. Tapi tahukah anda apa puncanya?

Hasil siasatan yang dibuat, saya dapati limau mandarin yang saya makan telah disalut dengan sulfur dioksida. Buah limau mamderin direndam dengan bahan kimia ini bertujuan sebagai bahan pengawet bagi memanjangkan jangka hayat buah tersebut sebelum dipasarkan.

Walau bagaimanapun, oleh kerana saya mempunyai penyakit lelah menyebabkan saya mendapat gejala batuk dan lelah berpanjangan. Kesian kan.

Adakah penggunaa sulfur dioksida ini dibenarkan?

Sebenarnya di dalam Peraturan-Peraturan Makanan 1985 di bawah Akta Makanan 1983 membenarkan penggunaan sulfur dioksida sebagai bahan pengawet dalam makanan tertentu termasuk buah-buahan segar seperti limau mandarin namun pada kadar tidak melebihi 30mg/kg.

Sulfur dioksida telah dinilai dan disahkan selamat untuk digunakan dalam makanan pada kadar tertentu oleh badan penilai antarabangsa Joint FAO/WHO Expert Committee on Food Additive (JECFA).

Sulfur dioksida tidak berbahaya kepada manusia apabila digunakan dalam kadar yang dibenarkan tetapi ia boleh menyebabkan lelah terhadap orang yang sensitif apabila terhidu atau tertelan.

Jika ada penggunaan Sulfur Dioksida dalam buah limau manderin, di bawah subperaturan 20(6) Peraturan-Peraturan Makanan 1985, setiap bungkusan makanan untuk jualan termasuk limau mandarin yang ditambah sulfur dioksida lebih daripada 10mg/kg, mesti dilabel dengan pernyataan “mengandungi sulfur dioksida”.

Sesiapa yang gagal mematuhi peraturan ini boleh didenda tidak melebihi RM 5,000 atau dipenjara selama tempoh tidak lebih daripada dua tahun.

Di bawah subperaturan 11(1) (j), Peraturan-Peraturan Makanan 1985, bagi makanan import termasuk limau mandarin, nama serta alamat pembungkus dan pengimport, termasuk nama negara dari mana makanan itu berasal hendaklah dinyatakan pada label.

Kalau ada sesiapa yang membuat pelabelan palsu boleh dikenakan penjara selama tempoh tidak lebih daripada tiga tahun atau denda atau kedua-duanya seperti yang diperuntukan di bawah Seksyen 16, Akta Makanan 1983

Tips pilih limau mandarin supaya tak batuk

Saya kongsikan tips nak makan limau manderin supaya tak batuk..

  1. Basuh la kulit limau manderin tu sebelum makan.
  2. Jangan gigit kulit limau bagi mengupas buah tersebut.
  3. Selepas mengupas kulit limau, cuci lah tangan.
  4. Jangan makan kulit limau. Makan isinya sahaja.
  5. Suruh je orang lain kupaskan.

Diharapkan tips ini berguna kepada anda semua.

Selamat Menyambut Tahun Baru Cina 2022 dari Sazly tulih.

Semoga perkongsian dari ahli teknologis makanan ini dapat membantu kita semua. Jadi selepas ini, jika nak makan limau mandarin, pastikan anda basuh dahulu limau tersebut. Dan jangan sesekali gigit kulit limau berkenaan.

Semoga bermanfaat!

Kredit: Sazly Tulih

Baca juga: Tangan Pijar, Tak Cukup Basuh Air Saja. Doktor Ini Dedah 5 Cara Untuk Menghilangkannya

tags: |