Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Arwah Ibu Selalu Pesan Beli Kek Buat Abang Yang Istimewa, Perkongsian Wanita Ini Buat Ramai Banjir Air Mata

Arwah Ibu Selalu Pesan Beli Kek Buat Abang Yang Istimewa, Perkongsian Wanita Ini Buat Ramai Banjir Air Mata

Kategori:
Arwah Ibu Selalu Pesan Beli Kek Buat Abang Yang Istimewa

Orang yang mempunyai adik beradik atau anak-anak istimewa ini pasti Allah akan memberikan ganjaran seandainya kita redha dan sabar. Tidak mudah sebenarnya untuk menguruskan orang kelainan upaya atau istimewa ini. Sangat memerlukan kesabaran yang tinggi dan amat luar biasa.

Insan istimewa atau individu istimewa ini merupakan antara individu yang mempunyai kecacatan tertentu, tidak kira sama ada dari segi anggota badan mahu pun intelektual. Pastinya dalam kalangan masyarakat kita sudah terbiasa melihat orang yang istimewa ini. Apabila melihat mereka ini, pasti secara tidak langsung ia membuatkan dada kita berasa sebak.

Selalu ingat pesan arwah ibu untuk beli kek buat abang istimewa

Berkenaan dengan orang istimewa ini, terbaharu viral sebuah video yang dikongsikan oleh Farhana27 berkenaan dengan abangnya yang merupakan insan istimewa. Menurutnya, arwah ibunya tinggalkan pesanan untuk belikan kek setiap kali hari kelahiran abang istimewanya itu. Walaupun saiz kek yang dibeli kecil tidak mengapa, asalkan ada dan mengingati hari kelahirannya.

Kerana ingat akan pesanan arwah ibunya, Farhana membelikan sebiji kek untuk abangnya itu. Menerusi video yang dikongsikan oleh Farhana, jelas kelihatan reaksi muka abangnya yang tersenyum bahagia sewaktu ingin meniupkan lilin. Memang jelas terpancar kebahagiannya walaupun ianya hanyalah sambutan biasa sahaja.

https://www.tiktok.com/@farhana27/video/7059451342158449947?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id7052514222143800833

@farhana27 Insan istimewa ☺️ dont worry ma! he’s doing fine here without you 😢 susah nak percaya tapi kena percaya #tolongjanganfyp #shouldbeme ♬ Cinta Sampai Mati – Raffa Affar

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dan pendapat dari warga TikTok yang menonton video berkenaan. Namun rata-ratanya seakan sebak dan menangis apabila melihat senyuman yang terpancar dari insan istimewa yang dipanggil Abang Mee ini. Dalam waktu yang sama, Farhana sempat meninggalkan komen agar tolong sedekahkan Al-Fatihah kepada ibunya.

Sedih tengok..

Tidak kurang juga ada yangmengucapkan selamat hari lahir buat abang istimewa ini dan mendoakan abang ini agar dimurahkan rezeki selalu, diberikan kesihatan yang baik serta dipermudahkan segala urusan.

Didoakan semoga abang kepada Farhana ini agar dimurahkan rezeki selalu serta dipermudahkan segala urusan. Semoga juga orang ramai yang pada ketika ini mempunyai ahli keluarga atau anak-anak istimewa dikurniakan ketabahan dan kekuatan sentiasa.

Kredit: TikTok Farhana27

Baca juga: Nampak Seperti Satay Tapi Rupanya Kek, Hasil Gadis Ini Dalam Rancangan Junior Bake Off Kagumkan Juri Antarabangsa

tags: | |