Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Wanita Kongsi Cara Mudah Simpan Ayam, Tak Perlu Nak Cairkan Semua. Barulah Ayam Tak Rosak!

Wanita Kongsi Cara Mudah Simpan Ayam, Tak Perlu Nak Cairkan Semua. Barulah Ayam Tak Rosak!

Kategori: ,
cara mudah simpan ayam

Ayam merupakan antara haiwan atau binatang yang sering dijadikan lauk pauk oleh kita. Malah ramai yang menggemari ayam berbanding dengan ikan. Lebih-lebih lagi bagi kanak-kanak. Kebiasaannya, kanak-kanak ini terlalu suka makan ayam goreng. Sehinggakan para ibu atau bapa terpaksa menyediakan stok ayam yang banyak di dalam peti ais.

Sebelum dimasukkan dalam peti ais, ayam yang dibeli kebiasaannya kita akan masukkan sekaligus dalam bekas atau plastik setelah dicuci kan? Apabila nak masak, rendamkan ayam tersebut dalam air bagai meleraikannya. Namun begitu, apabila kesemua ayam direndam namun kesemua ayam tersebut tidak digunakan, ayam tersebut bakal rosak atau kurang segar.

Masa yang diambil juga lama. Sedangkan kita hanya nak menggunakan 3 hingga 4 ketul ayam sahaja. Jadi mungkin anda boleh ikut cara simpan ayam yang dikongsikan oleh Rose Afifi ini.

Cara Simpan Ayam Yang Mudah, Cepat & Tahan Lebih Tahan Lama

  1. Cuci ayam dengan bersih dan toskan.
  2. Ambil kertas pembalut makanan, lipat dua. Pastikan bahagian luar yang ada lapisan plastik.
  3. Letakkan pembalut kertas dalam bekas. Susun ayam di atas kertas pembalut tadi.
  4. Lapikkan lagi kertas pembalut makanan jika masih ada ruang untuk letak ayam.
  5. Tutup bekas yang berisi ayam dan sedia untuk disimpan di dalam peti ais.
  6. Hasilnya, ayam mudah untuk dikeluarkan. Tak perlu rendam air.

Mudah sahaja kan cara simpan ayam ini? Mungkin untuk lebih jelas lagi, anda boleh melihat sendiri video yang dikongsikan oleh Rose ini. Semoga sedikit sebanyak ia boleh membantu dan memudahkan kerja anda semua.

Video pertama:

@roseaffi harap dapat membantu #fypシ ♬ Syukur Alhamdulillah – Wafiq Azizah

Video kedua:

@roseaffi ni hasilnya#fypシ ♬ BILA NANTI – NABILA MAHARANI

Semoga bermanfaat! ‘

Kredit: TikTok Rose Afifi

Baca juga: Cara Mudah & Tepat Nak Bezakan Ikan Tongkol Putih Dan Hitam, Tengok Sirip Dan Kulitnya Je!

tags: |