Penyakit buah pinggang merupakan antara penyakit yang paling lewat diketahui. Tiada gejala awal yang dapat dikesan sekiranya seseorang itu menghidap masalah buah pinggang. Bahkan menurut pakar Nefrologi Hospital Kuala Lumpur, Dr Wan Hazlima Wan Mohamad, penyakit ini tidak mempunyai simptom. Ia boleh berlarutan sehingga bertahun lamanya.
Bahkan pesakit hanya mengetahui buah pinggangnya mengalami kerosakan setelah melakukan pemeriksaan penuh semasa ingin memulakan kerjaya atau menyambung pengajian. Menurut Dr Wan Hazlima lagi, gejala penyakit ini akan muncul apabila fungsi buah pinggang tinggal 15 peratus sahaja lagi.
Berkenaan dengan penyakit buah pinggang ini, seorang lelaki, Ayiezira sempat berkongsi sebuah video di aplikasi TikTok mengenai kejadian yang berlaku di wad kecemasan. Di mana ada seseorang yang datang ke wad kecemasan dalam keadaan semput. Rupa-rupanya individu tersebut mempunyai masalah buah pinggang sejak tahun 2018 lagi. Tidak dapat dipastikan apa penyebabnya namun menurut Ayiezira mungkin disebabkan oleh faktor keturunan.
Walaupun begitu, individu berkenaan tidak membuat keputusan untuk melakukan dialisis atau pun peritoneal dialisis. Sedangkan individu berkenaan muda lagi, baru berumur 25 tahun. Di akhir video berkenaan, Ayiezira sempat menasihati orang ramai agar menjaga pemakanan dan kesihatan. Ingatkan juga diri masing-masing agar sayangi buah pinggang. Antara yang boleh dilakukan untuk menjaga buah pinggang adalah puasa sunat.
@ayiezira ingatkan diri masing², jaga makan jaga kesihatan dan sayang buah pinggang kita..puasa sunat pon salah satu menjaga buah pinggang 🥰#dialysiswarrior #dialysis #crrt #kidneyfailure
@ayiezira ingatkan diri masing², jaga makan jaga kesihatan dan sayang buah pinggang kita..puasa sunat pon salah satu menjaga buah pinggang 🥰#dialysiswarrior #dialysis #crrt #kidneyfailure ♬ original sound – 👑 EVVA
Memang tidak dinafikan, antara punca utama berlaku komplikasi buah pinggang ini adalah disebabkan pemakanan yang tidak terjaga. Malah terlalu taksub akan kecantikan dengan menelan pelbagai jenis produk juga merupakan salah satu faktornya.
Menjengah ke ruangan komen, pelbagai maklum balas dan reaksi daripada warga TikTok yang menonton video berkenaan. Ada yang sempat berkongsi pengalaman dialisis hampir 20 tahun. Namun kini akhirnya, individu ini sudah bebas dialisis. Tidak kurang juga ada yang bercerita mengenai kisah lain.
Dalam masa yang sama ada juga yang sempat meluahkan rasa sedih dan mendoakan kesembuhan buat pesakit tersebut. Di samping itu, ada juga yang meminta pandangan Ayiezira berkenaan dengan CKD.
Lebih menyedihkan lagi adalah apabila ada warganet yang sempat berkongsi cerita mengenai kawannya tempat kerjanya. Di mana kawannya itu tidak pernah merokok atau sakit. Namun tiba-tiba kedua belah buah pinggangnya rosak.
Semoga video atau kisah yang dikongsikan oleh Ayiezira ini dapat membuka mata anda semua tentang kepentingan menjaga kesihatan buah pinggang. Memandangkan buah pinggang ini merupakan organ yang penting dalam tubuh badan kita, jadi hargailah dan sayangilah buah pinggang anda!
Kredit: TikTok Ayiezira