Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Nasib Tak Bagi Kat Jiran”, Wanita Terkejut Temui ‘Sesuatu’ Dalam Kek, Selepas 3 Hari Baru Perasan Rupa-Rupanya Itu..

“Nasib Tak Bagi Kat Jiran”, Wanita Terkejut Temui ‘Sesuatu’ Dalam Kek, Selepas 3 Hari Baru Perasan Rupa-Rupanya Itu..

Kategori:
wanita temui sesuatu dalam kek

Setiap kali tiba ulangtahun kelahiran pastinya kek yang pertama kali dicari atau dijadikan hadiah serta suprise buat seseorang. Kek ini merupakan satu benda yang sangat penting ketika hari bahagia seperti hari kelahiran dan juga hari perkahwinan. Tanpa kek tidak lengkap rasanya. Bahkan saat ini banyak kedai yang menjual pelbagai aneka kek yang memudahkankan kita.

Tinggal pilih sahaja kemudian bayar. Selain walk in, ada juga kedai yang menerima tempahan secara atas talian. Hanya piilih mana yang korang sukai dan pindahkan wang menerusi akaun bank. Selain kek, kini trending juga suprise seperti memasukkan barangan berharga seperti barangan kemas ke dalam kek.

Tak tahu ada gelang emas dalam kek

Berkenaan barangan kemas dalam kek ini, ada satu kejadian yang dikongsikan oleh Aien Suraya di aplikasi TikTok. Di mana pada mulanya dia langsung tidak menyedari bahawa suaminya ada meletakkan seurat gelang emas di dalam kek. Sangkaannya itu hanyalah kek biasa. Lebih-lebih lagi sewaktu memotong kek berkenaan hanya makan separuh dan separuh lagi diletakkan di dalam peti ais.

Namun selepas tiga hari, dia terdetik untuk makan kembali kek berkenaan. Manakala anaknya pula mengorek di bahagian tengah kek. Bermula dari itulah, dia mengetahui bahawa kek berkenaan diisi dengan seurat gelang emas. Situasi tersebut membuatnya terkejut. Rupa-rupanya itu adalah suprise yang dibuat oleh suami kepadanya.

https://www.tiktok.com/@aien_suraya/video/7061418572785929498?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id7052514222143800833

@aien_suraya3.2.22 potong kek. 6.2.22 jumpa hadiah dalam kek. nasib baik terdetik nak makn. betul betul surprise!!♬ bunyi asal – ꧁Quоτеδdнiγα꧂ – ⊰ quotesdhiya ⊱

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dan pendapat dari warganet. Namun rata-ratanya risau mengenangnya jika wanita ini langsung tidak perasan ada gelang emas. Malah ada juga yang berkata nasib baik juga tidak buang kek berkenaan dalam tong sampah atau dibahagikan kepada jiran.

Mujur tak bagi kat jiran…

Dalam waktu yang sama ada juga yang sempat menceritakan suprise yang lebih kurang sama dilakukan oleh suami namun suaminya meletakkan barangan kemas tersebut dalam box dan dibalut dengan plastik.

Suami saya dia buat..

Tidak kurang juga ramai dalam kalangan warga TikTok mengucapkan selamat hari lahir kepada Aien serta turut mendoakannya.

Semoga panjang umur..

Mungkin gelang emas tersebut masih rezeki wanita ini. Kalau tak antara dua, dibuang ke dalam tong sampah atau dibahagikan kepada jiran. Buat para suami, jika nak bagi suprise seperti ini disarankan beritahu sahaja kepada si isteri apabila sudah beberapa hari si isteri tidak perasan. Bimbang jika berlaku kejadian seperti ini.

Kredit: Aien Suraya

Baca juga: Arwah Ibu Selalu Pesan Beli Kek Buat Abang Yang Istimewa, Perkongsian Wanita Ini Buat Ramai Banjir Air Mata

tags: |