Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Sumpah Sedih Weh..”, Excited Buat Suprise Untuk Teman Wanita, Makanan & Deco Semua Dah Siap Namun..

“Sumpah Sedih Weh..”, Excited Buat Suprise Untuk Teman Wanita, Makanan & Deco Semua Dah Siap Namun..

Kategori:
suprise untuk teman wanita

Mempunyai pasangan atau teman wanita serta teman lelaki merupakan satu kebiasaan pada zaman sekarang. Malah remaja yang berumur belasan tahun pun sudah mempunyai pasangan. Apatah lagi bagi insan atau individu yang berumur 20 an dan ke atas. Pastinya sudah ada pasangan dan teramat sayang pasangan tersebut.

Orang kata, zaman bercinta merupakan zaman yang paling manis. Bahkan semua yang buruk pun akan ternampak baik sahaja. Betullah pepatah berkata cinta itu buta. Apabila sudah menyayangi kekasih atau pasangan sepenuh jiwa pastinya kita akan sanggup melakukan apa sahaja. Lebih-lebih lagi ketika hari istimewa seperti hari kelahiran.

Lelaki excited buat suprise namun teman wanita tak datang

Saggup berbelanja lebih bagi memberi kejutan yang terbaik buat pasangan yang tersayang. Berkenaan dengan kejutan ini, terbaharu viral sebuah video yang dikongsikan oleh Samballana Bistro mengenai seorang lelaki yang kelihatan sangat teruja untuk memberikan kejutan kepada teman wanitanya. Namun sungguh menyedihkan apabila teman wanitanya itu tidak kunjung tiba.

Selama 40 minit, lelaki tersebut masih lagi setia menunggu teman wanitanya itu. Lebih menyedihkan lagi adalah apabila dia sanggup redah hujan semata-mata untuk memberikan kejutan kepada teman wanitanya. Menerusi video yang dikongsikan itu, muka lelaki berkenaan kelihatan sugul dan gelisah sambil memegang telefon. Mungkin mencuba menghubungi teman wanitanya.

Melihat apa yang terjadi kepada lelaki ini, pihak Samballana Bistro juga turut merasa sedih. Kata mereka, pada mulanya lelaki berkenaan sangat excited sewaktu tiba di restoran berkenaan. Sempat juga berpesan kepada orang ramai agar jangan buat lelaki macam ini.

@samballana_cafe

Sumpah sedih weyh ! excited lelaki ni nak buat suprise hujung2 gf tak datang pun 😭. Makanan & deco semua dah siap😢. #fyp #samballanabistro #2022

♬ Cinta Sampai Mati – Raffa Affar

@samballana_bistro78 Sumpah sedih weyh ! excited lelaki ni nak buat suprise hujung2 gf tak datang pun 😭. Makanan & deco semua dah siap😢. #fyp #samballanabistro #2022 ♬ Cinta Sampai Mati – Raffa Affar

Menjengah seketika ke ruangan komen, pelbagai maklum balas dan komen dari warga TikTok. Namun rata-ratanya berasa sangat kasihan dan sedih apabila melihat apa yang berlaku kepada lelaki ini. Ada yang sempat mengatakan, untungnya dapat lelaki seperti ini kerana sesetengah perempuan tak pernah dapat apa pun dari orang yang dia sayang.

Sedihnya..

Dalam masa yang sama ada yang berseloroh mengatakan untuk memberikan suprise tersebut kepadanya. Selain itu, ada juga yang sempat berkata betapa kerasanya hati perempuan berkenaan. Ditelefon banyak kali namun masih tidak datang.

Kerasnya hati perempuan tu..

Di samping itu, ada juga yang meninggalkan komen mengatakan jika situasi ini berlaku kepada lelaki tak apa lagi memandangkan air mata perempuan lebih berharga.

Namun nasihat kami, tolonglah hargai pasangan anda. Sekiranya memang sudah tidak mahu atau tidak sayang, bagitahu elok-elok. Jangan sakiti perasaan orang seperti mana yang berlaku kepada lelaki ini. Susah payah buat suprise untuk insan tersayang namun akhirnya ini yang terjadi.

Kredit: TikTok Samballana Bistro

Baca juga: “Nasib Tak Bagi Kat Jiran”, Wanita Terkejut Temui ‘Sesuatu’ Dalam Kek, Selepas 3 Hari Baru Perasan Rupa-Rupanya Itu..

tags: |