Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Hebat Permainan Dia..”, Semalam Elok Je Keluar Makan, Hari Ini Dah Jadi Tunangan Orang. Lelaki Luah Rasa Kecewa

“Hebat Permainan Dia..”, Semalam Elok Je Keluar Makan, Hari Ini Dah Jadi Tunangan Orang. Lelaki Luah Rasa Kecewa

Kategori:
keluar makan

Isu curang dalam kalangan masyarakat kita pada hari ini semakin menjadi-jadi. Ada yang curang pada pasangan kekasih dan malah yang lebih teruk lagi adalah apabila curang terhadap pasangan halal masing-masing. Tidak kira sama ada curang dengan isteri atau pun suami. Terasa dunia gelap seketika apabila mengetahui bahawa pasangan tersayang sanggup berlaku curang.

Impian indah yang dilakarkan sebelum ini hancur lebur. Luluh hati dan pastinya kita akan berasa begitu kecewa. Mana tidaknya, orang yang selama ini sentiasa ada. Sering mendengar masalah dan kita lakukan apa sahaja untuk membuatkan dia bahagia akhirnya pergi tinggalkan begitu sahaja.

Semalam elok je keluar makan, hari ini tiba-tiba dah bertunang

Berkenaan dengan rasa kecewa ini. Hal tersebut juga berlaku kepada seorang lelaki menerusi aplikasi TikTok. Lelaki yang hanya dikenali dengan nama CEO of Comment ini meluahkan rasa kecewa apabila teman wanitanya mempermainkan dirinya. Sungguh mengejutkan, apabila teman wanitanya itu tiba-tiba bertunang dengan lelaki lain. Walhal malam sebelum itu mereka telah keluar makan bersama.

Menerusi video tersebut, dia memuatnaik beberapa keping gambar screenshoot perbualan antara dia dan teman wanitanya itu. Pada mulanya mereka baik-baik dan kelihatan sweet je. Namun tiba-tiba lelaki ini menemui gambar yang memaparkan teman wanitanya bersama lelaki lain. Mungkin gambar tersebut diambil sewaktu majlis pertunangan berlangsung.

https://www.tiktok.com/@terlalucomplicated/video/7062190886976769307?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id7052514222143800833

@terlalucomplicatedHebat permainan dia,semalam keluar elok2,harini dah jadi tunang orang lain,manusia memang takda hati perut macam ni gamaknya..♬ Pasti – Cherpen Band

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai komen dan reaksi dari warga TikTok. Namun ratanya seolah tidak percaya dengan apa yang dilakukan oleh teman wanitanya. Ada yang mempersoalkan adakah diaorang yang buat macam ini tidak rasa serba salah langsung.

Tidak kurang juga ada yang bertanya di mana hati dan perasaan wanita tersebut. Sebagai seorang wanita, isteri dan ibu dia tidak boleh brain dengan orang yang berperangai seperti ini.

Dalam masa yanng sama ada juga juga yang meninggalkan menyatakan sakit apabila melalui semua ini namun sempat juga memberi semangat agar lelaki ini kuat.

 

Buat wanita dan lelaki di luar sana yang sanggup melakukan ini kepada orang yang menyanyangi korang, apakah yang korang mahukan sebenarnya? Kalau dari awal memang tidak mahu, tolong terangkan dari awal lagi. Jangan hari ini masih elok keluar makan, gelak sakan tapi tiba-tiba keesokkannya jadi tunangan orang. Tolong jangan sakiti orang kalau tak nak sakit.

Kredit: TikTok Ceo of Comment

Baca juga: “Sumpah Sedih Weh..”, Excited Buat Suprise Untuk Teman Wanita, Makanan & Deco Semua Dah Siap Namun..

tags: |