Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Macam Air Longkang..”, Video Resepi Kari Ayam Singapura Yang Dikongsi New York Times Ini Dikecam Rakyat Singapura

“Macam Air Longkang..”, Video Resepi Kari Ayam Singapura Yang Dikongsi New York Times Ini Dikecam Rakyat Singapura

Kategori:
kari ayam singapura

Menyediakan hidangan kari ayam bukanlah sesuatu perkara yang mudah dan bukan juga terlalu susah. Setiap hidangan kari pasti ada caranya yang tersendiri. Seperti di Malaysia, terdapat pelbagai jenis kari. Ada yang pekat, cair dan biasa. Begitu juga dengan citarasa manusia. Ada yang menyukai kari cair, berlemak dan pekat. Hidangan kari bagi setiap negeri atau negara adalah berbeza.

Terpulang kepada individu masing-masing sama ada menyukai yang cair atau pekat. Jika dilihat di mana-mana kedai, pasti akan ada perbezaannya. Berkenaan dengan kari ayam ini, terbaharu ada resepi kari ayam singapura yang diterbitkan oleh New York Times melalui laman resepinya iaitu NYT Cooking.

Warganet marah lihat kari ayam Singapura yang dikongsikann oleh NYT Cooking

Apa yang menimbulkan pertikaian dalam kalangan netizen adalah rupa kari yang dimasak oleh wartawan berkenaan yang kelihatan agak pelik. Cair dan pelik. Kelihatan cara pembuatannya juga tidak seperti yang biasa. Kelihatan kari tersebut bukan sekadar pucat namun cara masaknya yang sangat berbeza.

Menerusi video tersebut, kelihatan bahagian ayam diperap dengan perahan limau nipis dan daun pandan yang mana sebelumnya digaul bersama beberapa ramuan. Malah ia juga digoreng terlebih dahulu sebelum ditumis dengan beberapa bahan-bahan yang jarang sekali dikaitkan dengan masakan kari. Ekoran itu, warganet lebih-lebih lagi rakyat Singapura tidak boleh menerima hidangan kari ayam tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NYT Cooking (@nytcooking)

Menjengah ke ruangan komen, pastinya rata-rata warganet mengecam dan ada juga yang meluah rasa kecewa apabila hidangan tersebut diberi nama kari ayam Singapura dan sesekali tidak mengakuinya.

Saya kecewa..

Selain itu, ada yang meninggalkan komen menyatakan sedapnya air longkang dan menyatakan ia bukanlah kari namun air longkang. Tidak kurang juga ada yang menulis, sebagai seorang rakyat Singapura, ia tidak sedikit pun kelihatan seperti kari ayam kami makan di Singapura.

Sedapnya air longkang..

Mungkin korang boleh menilai sendiri masakan kari ayam yang dipersembahkan oleh NYT Cooking ini. Jika dilihat dengan lebih terperinci, resepi lain yang dikongsikan di laman tersebut kelihatan baik saja namun video kari tersebut kelihatan agak pelik. Kalau korang nak cuba, silakan. Tiada masalah.

Kredit: NYTCooking

Baca juga: Jom Baca Apa Yang Pakar Ini ‘Bongkar’ Tentang Telur Ayam, Betul Ke Telur Tidak Bagus Untuk Kesihatan?

 

tags: |