Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Kuey Teow Sup Ala Chinese Style Yang Super Sedap. Nak Sediakan Cukup Senang!

Resepi Kuey Teow Sup Ala Chinese Style Yang Super Sedap. Nak Sediakan Cukup Senang!

Kategori: ,
Kuey Teow Sup ala Chinese Style

Kuey Teow merupakan antara makanan yang sangat popular di Malaysia dan juga negara lain seperti Singapura. Pada waktu ketika dahulu, mi ini sering kali dijadikan makanan utama dalam kalangan buruh kerana ia merupakan makanan yanng murah namun boleh menghasilkan tenaga dan nutrien. Bercakap soal Kuey Teow ini, mungkin anda boleh cuba Kuey Teow Sup ala Chinese Style ini.

Ia merupakan satu hidangan yang sangat mudah namun sedap dan sungguh menyelerakan. Malah untuk menyediakannya juga sangat mudah. Kuey Teow Sup ala Chinese Style memang sangat sesuai dimakan pada waktu pagi, siang dan malam. Nak cuba buat? Jom kita ikuti perkongsian resepi dari Zurina Zulkefli ini.

Cara Buat Kuey Teow Sup Ala Chinese Style Yang Cukup Sedap!

Bahan-bahan:

  • 1 peket kuey teow
  • 6 ketul isi ayam
  • Bahan sampingan (chili oil, limau nipis, sambal kicap pedas, daun sup, lobak masin, garlic oil)

Cara Penyediaan:

  1. Celurkan kuey teow. Kemudian bilas dan simpan tepi. 
  2. Untuk sup ayam, masak sup seperti biasa. Kemudian carik-carikkan isi ayam dan reneh semula ke dalam sup. 
  3. Campurkan semua bahan sampingan mengikut citarasa selera anda. 
  4. Gaul-gaul sebelum dimakan. 
  5. Siap sedia untuk dimakan. 

Nampak sedap kan Kuey Teow Sup Ala Chinese Style ini? Nak buat sendiri di rumah boleh lah. Rasanya memang tak pernah mengecewakan. Jadi tunggu apa lagi tu? Jom kita cuba buat sekarang!

Selamat mencuba!

Kredit: Zurina Zulkefli 

Baca juga: Cara Buat Kuey Teow Celup Daging Ala Boat Noodle, Lebih Jimat Dan Rasanya Pun Sedap!

tags: |