Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tempat Makan » Ini Dia Senarai Kedai Nasi Ayam Di Kelantan Yang Wajib Anda Terjah Sekarang!

Ini Dia Senarai Kedai Nasi Ayam Di Kelantan Yang Wajib Anda Terjah Sekarang!

Kategori:
kedai nasi ayam di Kelantan

Seperti yang kita ketahui, walaupun nasi ayam ini berasal daripada China namun ramai rakyat Malaysia yang menyukainya. Jika anda berada di Kelantan dan tertanya-tanya di mana kedai yang sesuai untuk anda menikmati nasi ayam atau makanan lain, anda mungkin boleh pergi di beberapa kedai seperti dalam senarai di bawah ini. Memang semuanya sedap dan anda wajib terjah kedai-kedai tersebut sekarang!

1. OG Nasi Ayam 2

Sebut sahaja OG Nasi Ayam pastinya penduduk ni negeri Kelantan mengenalinya. Ianya dikenali ramai kerana setiap hidangan yang disediakan memang terlampau sedap. Dari nasi ayam hingga ke burger semuanya sedap. Boleh kalah hotel 5 bintang tau!

Alamat: 

  • No. 1 Kedai Koperasi MRSM, Pasir Tumbuh, 16150 Kubang Kerian, Kelantan

Waktu Operasi:

  • Dibuka setiap hari : 3.30PM – 10.00PM

Mari kita tinjau kedai ini:

[foogallery id=”5964″]

Jom kita tengok apa kata pelanggan:

[foogallery id=”6202″]

2. OG Nasi Ayam

OG Nasi Ayam tidak jauh beza dengan OG Nasi Ayam 2, kesedapannya sama sahaja. Cuma persekitarannya yang berbeza. Memang sangat disarankan untuk anda semua kerana tempatnya bersih dan nasi ayam yang disediakan juga adalah sangat unik.

Alamat: 

  • Lot 1744 Kg, 16300 Bachok, Kelantan

Waktu Operasi: 

  • Dibuka setiap hari bermula jam : 02.30 PM – 11.30 PM

Mari kita tinjau tempat ini:

[foogallery id=”5990″]

Jom kita tengok apa kata pengunjung:

[foogallery id=”6200″]

3. Ja Nasi Ayam Kampung Madu

Sebut sahaja ayam kampung madu pastinya semua sudah meleleh air liur kan? Jika ya bolehlah singgah di kedai Ja Nasi Ayam Kampung Madu ini. Memang jauh bezanya jika dibandingkan dengan kedai-kedai yang lain. Mungkin disebabkan hidangan yang berbeza ia menjadi tarikan orang luar dan juga penduduk setempat.

Alamat:

  •  3, Jalan Pasir Hor, Kampung Jaya, 15150 Kota Bharu, Kelantan

Waktu Operasi:

  • Rabu hingga Isnin: 8.00 AM – 12.00 PM
  • Selasa : Tutup 

Mari kita tinjau tempat ini:

[foogallery id=”6008″]

Jom kita tengok apa kata pengunjung:

[foogallery id=”6203″]

4. Nasi Paku Ayam Kampung

Jika ke Kelantan tidak sah sekiranya tidak mencuba masakan atau hidangan nasi paku. Lebih-lebih lagi nasi paku ayam kampung di Berek 12 ini. Kedai ini sudah lama beroperasi, namun sambutan yang diterima saban tahun memang sangat mengalakkan.

Alamat:

  • Gerai 007, Jalan Pasar, Berek 12, 15200 Kota Bahru, Kelantan

Waktu Operasi:

  • Sabtu hingga Khamis: 11.30 AM – 4.00 PM
  • Jumaat: Tutup

Mari kita tinjau kedai ini:

[foogallery id=”6207″]

Jom kita tengok apa kata pengunjung:

[foogallery id=”6212″]

5. Abah Umi & Abe Nasi Ayam

Terletak di bandar pusat bandar, kedai Abah Umi & Abe Nasi Ayam ini memang menjadi tumpuan orang ramai. Walaupun kedainya kecil namun pengunjung amat menyukai nasi ayam di sini, mungkin kerana nasi ayamnya yang crispy dan crunchy. Ditambah pula dengan rasa sup dan nasi yang super sedap, memang menjadi!

Alamat:

  • 19, Jalan Long Yunus, Taman Perbandaran Tengku Anis, 15400 Kota Bharu, Kelantan

Waktu Operasi:

  • Sabtu hingga Khamis: 11.45 AM – 4.15 PM
  • Jumaat : Tutup

Mari kita tinjau kedai ini:

[foogallery id=”6215″]

Jom kita tengok apa kata pengunjung:

[foogallery id=”6222″]

6. Kedai Nasi Ayam Zaki

JIka anda peminat nasi ayam dimana ayamnya digoreng terlebih dahulu, anda patut singgah di Kedai Nasi Ayam Zaki ini. Setiap hari memang ramai pelanggan yang sanggup beratur panjang demi menikmati nasi ayam di sini. Tidak kurang juga dengan tempahan yang masuk. Memang banyak, jadi itu tandanya nasi ayam di sini memang tebaik!

Alamat:

  • 211, Jalan Dato Keramat, Pekan Tumpat, 16200 Tumpat, Kelantan

Waktu Operasi:

  • Khamis hingga Selasa: 11.00 AM – 9.00 PM
  • Rabu: Tutup

Mari kita tinjau kedia ini:

[foogallery id=”6226″]

Jom kita tengok apa kata pengunjung:

[foogallery id=”6229″]

7. Nasi Ayam Casper

Melihat kepada namanya, anda pasti tertanya-tanya penangan nasi ayam di restoran Nasi Ayam Casper ini kan? Seperti nama kedainya yang luar biasa, begitu juga dengan makanannya. Selain dari nasi ayam, ada juga menu lain seperti western food dan masakan panas yang sedap. Rugi kalau anda tak cuba!

Alamat:

  • Lot 524, Jalan Jambatan Sultan Yahya Petra, Kampung Sireh, 15050 Kota Bharu, Kelantan

Waktu Operasi:

  • Sabtu hingga Khamis: 12.00 PM – 11.00 PM
  • Jumaat: Tutup

Mari kita tinjau kedai ini:

[foogallery id=”6231″]

Jom kita tengok apa kata pengunjung:

[foogallery id=”39161″]

8. Min’s Soup & Chicken Rice

Nak rasa macam mana rasa nasi ayam versi Thai? Min’s Soup & Chicken Rice adalah tempat terbaik untuk anda kunjungi. Di sini mereka menyediakan nasi ayam dan masakan lain ala Thai. Kebiasaannya masakan yang berasal dari Thai atau dimasak oleh orang Thai semuanya sedap. Malah bukan sahaja sedap harganya juga murah. Mesti singgah!

Alamat:

  • D5 Jalan Bachok, 16300 Bachok, Kelantan

Waktu Operasi:

  • Sabtu hingga Khamis: 7.00 AM – 5.00 PM
  • Jumaat : Tutup

Mari kita tinjau kedai ini:

[foogallery id=”38749″]

Jom kita tengok apa kata pengunjung:

[foogallery id=”6240″]

9. Nasi Ayam Mok Aji

Sekiranya anda berada di Kota Bharu, singgah sahaja di kedai Nasi Ayam Mok Aji ini untuk menikmati nasi ayam yang bukan biasa-biasa sedapnya. Keistimewaan utama nasi ayam di sini adalah terletak pada ayamnya. Selain itu, kedai ini juga turut menyediakan banyak lagi menu yang lazat selain nasi ayam.

Alamat:

  • Lot 1442 Jln Sultanah Zainab 15000 Kota Bharu, Kelantan

Waktu Operasi:

  • Sabtu hingga Khamis: 09.00 AM – 08.00 PM
  • Jumaat : Tutup

Mari kita tinjau kedai ini:

[foogallery id=”38762″]

Jom kita tengok apa kata pengunjung:

[foogallery id=”38763″]

10. Nasi Ayam D’amra

Nasi ayam memang sesuai dimakan pada bila-bila masa sahaja. Baik pada waktu siang mahupun malam. Sekiranya anda teringin makan nasi ayam yang sedap, ayam yang lembut dan sosnya yang secukup rasa pada waktu malam, bolehlah kunjungi kedai Nasi Ayam D’amra ini. Kerana kedai ini dibuka sehingga lewat malam tau!

Alamat:

  • Lot 2216, Tingkat Bawah, Jalan Perkeliling, 15200 Kota Bharu, Kelantan

Waktu Operasi:

  • Dibuka setiap hari : 12.30 PM – 12.00AM

Mari kita tinjau kedai ini:

[foogallery id=”38780″]

Jom kita tengok apa kata pengunjung:

[foogallery id=”38781″]

tags: | |