Kebersihan merupakan satu perkara yang sangat perlu dititik beratkan. Bukan sahaja dalam soal ibadah malah pemakanan juga sangatlah penting. Cuba bayangkan sekiranya kita makan makanan yang tidak bersih atau tidak baik pastinya ia mendatangkan sesuatu yang buruk kepada kesihatan kita.
Soal kebersihan ini perlu dititik beratkan oleh semua golongan umur yang waras. Lebih-lebih lagi sekiranya anda penjual atau peniaga makanan. Sediakan makanan yang terbaik untuk pelanggan. Bukan sahaja pelanggan berasa gembira malah peniaga juga turut gembira apabila kedai selalu dikunjungi.
Kalau servis tak elok, kedai kotor pastinya ia mendatangkan kesan yang buruk kepada semua pihak. Berkenaan dengan menjaga kebersihan ini, terbaharu seorang wanita yang dikenali dengan nama Permaisuri menerusi akaun TikTok, sempat memuat naik sebuah video berkenaan dengan makanan yang dibeli olehnya dari sebuah kedai.
Makanan tersebut yang terdiri daripada ayam itu membuatkan dia loya dan muntah. Menurutnya, dia telah membeli makanan dari sebuah restoran yang agak terkenal. Wanita berkenaan hilang selera apabila mendapati ayam yang dibeli kurang masak. Masih ada lagi isi-isi yang kemerahan. Malah lebih teruk lagi adalah terdapat pundi najis sekali.
Lebih mengejutkan kerana pundi najis tersebut tidak dicuci dan masih mempunyai najis. Jika dipenyet, najis tersebut akan keluar. Jelas kelihatan najis tersebut yang terdiri daripada dedak dan jagung. Menurut wanita ini, ia merupakan satu kejadian yang sangat menggelikan.
https://www.tiktok.com/@quennnuts/video/7063003112654556443?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id7029156571620214274
@quennnuts tempat lain elok insyaAllah…pls la jga hygiene memasak🤢🤮 #3bgpprsgibonus ♬ original sound – Permaisuri 🐜
Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dan pendapat daripada warganet. Namun rata-rata berasa kembang tekak melihat video yang dikongsikan oleh wanita ini. Tidak kurang juga ada yang meminta agar wanita ini menyaman atau membuat laporan berkenaan dengan kedai tersebut.
Di samping itu, Permaisuri sempat menerangkan perkongsian tersebut bukan untuk menyebarkan aib. Namun ingin tauke berkenaan menjaga kebersihan proses memasak.
Memang pantas jika wanita ini berasa jijik dengan penemuan tersebut. Siapa sahaja kan yang tidak berasa jijik apabila menemui najis ayam sebegitu rupa. Hairan juga, sepatutnya bahagian tersebut sepatutnya dibuang. Semoga pihak tersebut mengambil tindakan yang sewajarnya berkenaan dengan isu ini.
Kredit: TikTok Permaisuri