Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Semua Macam Dicatu…” Tak Boleh Beli Gandum Cap Sauh Gara-Gara Tauke Kedai Mahu Jual Di Thailand

“Semua Macam Dicatu…” Tak Boleh Beli Gandum Cap Sauh Gara-Gara Tauke Kedai Mahu Jual Di Thailand

Kategori:
gandum cap sauh

Sejak kebelakangan ini, banyak barangan telah naik harga. Boleh dikatakan hampir kesemua barangan mentah dijual dengan harga yang mahal. Bukan sahaja mahal, makanan atau barangan tersebut juga seolah-olah dicatu memandangkan ramai rakyat Malaysia terpaksa membeli dengan jumlah yang telah dihadkan.

Bukan sahaja minyak dan telur, malah gula dan beberapa lagi barangan lain terpaksa dibeli dengan kuantiti yang dihadkan. Belum termasuk lagi barangan yang langsung tidak boleh dibeli. Seperti mana yang dikongsikan oleh seorang individu iaitu Sueosman Solo, di group Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM).

Tidak dibenarkan beli tepung gandum Cap Sauh

Perkongsian tersebut adalah berkenaan dengan kawannya yang tidak dibenarkan untuk membeli tepung gandum cap sauh. Pada ketika itu, kawannya itu telah habiskan RM5000 lebih untuk membeli barangan dari kedai borong berkenaan dengan harapan dapatlah membeli beberapa kotak.

Walaupun begitu, kedai tersebut tetap juga tidak membenarkannya sedangkan pada ketika itu, kawannya ternampak lambakan tepung gandum Cap Sauh di dalam stor. Hairan dengan apa yang dilihat, kawan kepada Sueosman ini pun bertanya kepada pekerja kedai.

Assalamualaikum semua. Nak up cerita yang saya dengar dari kawan. Tauke kedai runcit ni habiskan RM5000 lebih beli barang kat kedai borong. Dengan harapan kedai borong tu akan bagi dia beli tepung gandum cap sauh 3-4 kotak pun jadilah. Tapi kedai borong tu tak bagi langsung tepung. Takde stok katanya. Bila kawan tu jalan-jalan masuk store kedai borong tu nampak punyalah berlambak tepung gandum cap sauh tu.

Tauke kedai nak jual tepung gandum di Thailand

Namun jawapannya sangat mengejutkan. Kata pekerja tersebut, taukenya mahu menjual tepung gandum Cap Sauh itu di Thailand. Hal tersebut adalah kerana harga di sana lebih mahal berbanding di Malaysia. Di Thailang satu kilogram gandum di jual dengan harga RM8. Manakala di Malaysia hanyalah berharga RM2.60.

Tambah Sueosman lagi, mungkin perkara sebegini sudah lama berlaku. Kita di sini bukan sahaja tersempit untuk mencari barangan kuih malah semua makanan dicatu. Bukan sahaja telur, minyak masak juga sangat sukar untuk didapatkan.

Then dia tanya pekerja kat situ, kenapa tak nak jual tepung tu kat dia. Jawab pekerja tu, sebab taukenya nak jual tepung gandum cap sauh tu kat Thailand. Sana mahal, sini cuma RM2.60/kg. Dekat Thailand cecah RM8/kg. Agak benda ni mesti dah lama berlaku kan. Tak kan baru sekali dua. Kita kat sini makin tersepit cari bahan kuih. Semua macam dicatu.

Telur susah nak dapat. Minyak masak peket susah nak dapat. Tepung subsidi lagi la dah tak pernah nampak. Kalau dapat cap sauh pun dah syukur walau agak mahal. Cap rose pun kedai dah naikkan harga RM2.40/kg. Tapi tauke kedai besar besar makin kaya jual barang ni kat Thailand. Sedih wei, sampai bila pihak yang berkuasa nak diam.

Ada satu kedai ni..

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai komen dan maklum balas dari warganet. Ada yang meminta agar melaporkan kejadian ini kepada pihak berwajib dan ada juga yang sempat berkongsi pengalaman yang lebih kurang sama.

Ada satu kedai ni..

Tidak kurang juga ada yang bersetuju dengan apa yang dikongsikan oleh individu ini. Memang ada barangan yang diseludup ke sana.

Diharapkan pihak yang berwajib melakukan tindakan yang sewajarnya. Sangat bimbang andai kata isu ini terus berlanjutan. Kesian dekat rakyat Malaysia. Tak kan lah barangan yang dikeluarkan oleh negara sendiri pun susah untuk didapatkan.

Kredit: Sueosman Solo Via BIKMM

Baca juga: “Aku Muntah & Masih Loya..”, Wanita Jijik Dapat Ayam Bahagian Pundi, Siap Keluar Tahi Lagi Buat Ramai Kembang Tekak

tags: