Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Santan Kotak Berketul Tapi Sayang Nak Buang? Ini Teknik Mudah Yang Anda Boleh Lakukan. Letak Air Panas Dan..

Santan Kotak Berketul Tapi Sayang Nak Buang? Ini Teknik Mudah Yang Anda Boleh Lakukan. Letak Air Panas Dan..

Kategori: ,
cara guna santan kotak yang dah berketul

Pernah tak anda beli santan kotak tapi apabila dibuka santan tersebut berketul-ketul. Walaupun masih elok pasti rasa serba salah nak guna walaupun santan tersebut tidak mengeluarkan bau yang busuk. Bimbang jika masakan yang dibuat tidak menjadi atau sebaliknya.

Santan berketul ini juga kebiasaannya terjadi apabila santan kotak tersebut dibuka dan kemudiannya disimpan dalam peti ais. Walaupun diletakkan dalam peti ais masih lagi berketul. Apabila berlaku kejadian seperti ini pasti sayang nak buang kan?

Jadi apa kata anda ikuti teknik atau cara yang dikongsikan oleh Wan Norhasni Wan Han ini menerusi aplikasi TikTok. Caranya sangat mudah dan sekejap je dah boleh guna santan tersebut

Santan Kotak Berketul Masih Boleh Digunakan, Ini Caranya

  1. Tuangkan santan kotak berketul ke dalam pengisar.
  2. Kemudian masukkan air panas secukupnya dan kisar.
  3. Siap untuk digunakan.

Untuk lebih jelas, mungkin anda boleh tonton video yang dikongsikan oleh Norhasni ini.

@wannorhasni

Reply to @halimatunsadiah08 sayang kalau buang.. 🤭 senang je, nk guna blik, just ltk air pnas dn blend. #tipsdapur #masukberanda #fyp #myfoodie #tips

♬ original sound – Waw4nn_ – Waw4nn_

@one_niey1 Reply to @halimatunsadiah08 sayang kalau buang.. 🤭 senang je, nk guna blik, just ltk air pnas dn blend. #tipsdapur #masukberanda #fyp #myfoodie #tips ♬ original sound – Waw4nn_

Sangat mudah kan teknik yang dikongsikan oleh Wan Norhasni ini. Jadi lepas ni kalau santan korang berketul tapi masih elok, belum masam dan yakin boleh digunakan. Bolehlah guna kaedah ini. Masukkan ke dalam pengisar dan tuangkan sedikit air panas lalu kisar. Mudah sangat. Barulah tak membazir kan?

Semoga bermanfaat!

Kredit: TikTok Wan Norhasni Wan Han

Baca juga: Wanita Ini Dedah Tips & Cara Penggunaan Santan Segar, Kotak Dan Serbuk Yang Betul!

tags: |