Adab, merupakan satu perkara yang kita perlu titik beratkan dalam kehidupan kita. Tidak kiralah siapa pun kita, sama ada orang kaya mahu pun miskin. Orang muda atau tua, adab perlu dijaga. Namun apakah adab ini sebenarnya? Adab merupakan perilaku, perbuatan atau kebaikan. Ia merangkumi sopan santun, kemanusiaan dan tatasusila.
Apabila kita hidup bermasyarakat dan berkeluarga, adab ini memang patut dijaga. Misalnya lalu depan orang lebih tua tundukkan sedikit badan. Jika bersalam dengan yang lebih tua ada eloknya tundukkan atau cium tangan. Jika tersalah menyakiti sama ada terpijak kaki atau apa-apa ada eloknya memohon maaf.
Seperti mana yang dikongsikan oleh seorang ibu Dieranazwa menerusi aplikasi TikTok berkenaan dengan seorang makcik yang tiada adab. Hal tersebut adalah kerana makcik tersebut terlanggar kerusi bayinya namun tanpa sebarang kata maaf. Diera yang pada ketika itu sedang mengambil video dua anaknya ketika makan terkilan dengan apa yang berlaku.
Individu berkenaan berlalu tanpa sebarang maaf selepas terlanggar kerusi anaknya. Anaknya yang kelihatan masih lagi kecil dan duduk di dalam kerusi bayi itu juga seolah-olah terkejut setelah kerusinya dilanggar. Menurut ibu kepada bayi comel ini, katanya dia tidak sempat nak sound ke apa. Bimbang sekiranya anaknya itu terjatuh.
@dieranazwa Susah zaman sekarang ni nk mtk maafkan ! Sape je tak hangin kalau kena mcm ni
@dieranazwaSusah zaman sekarang ni nk mtk maafkan ! Sape je tak hangin kalau kena mcm ni♬ bunyi asal – dieranazwa
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga TikTok juga tidak berpuas hati dan berasa geram dengan makcik berkenaan yang melanggar tanpa kata maaf. Malah ramai juga yang berasa kasihan kepada bayi ini dan ada yang mengatakan tak semua orang tua tahu apa itu adab.
Dalam masa yang sama ada juga yang berseloroh, kalau Azwan Ali ni dah cakap hey makcik kau sekolah tak. Ada juga yang meninggalkan komen menyatakan ramai orang yang jenis macam ni.
Betul apa yang disampaikan oleh wanita ini, kalau kita ni manusia yang ada adab pasti kita akan meminta maaf. Mungkin makcik berkenaan tidak perasan dia terlanggar baby berkenaan atau pun memang dia tidak tahu cara untuk meminta maaf. Jadi buat anda semua di luar sana, andai kata ada terbuat sebarang kesilapan kepada orang sekeliling. Tidak kira di rumah, di pasaraya, kedai makan atau mana-mana, ringankanlah mulut korang untuk memohon maaf ya.
Kredit: TikTok dieranazwa