Kebersihan adalah separuh daripada iman. Dalam aspek apa sekalipun, kebersihan ini perlulah di jaga. Tidak kira sama ada di dapur, di bilik, di tandas dan pakaian diri sendiri. Lebih-lebih lagi jika anda seorang peniaga atau penjual makanan. Pastikan makanan yang anda sediakan atau jual kepada pelanggan sentiasa dalam keadaan bersih.
Namun hari ini, isu kebersihan makanan ini banyak berlaku dan seakan tidak diendahkan oleh segelintir peniaga makanan. Sehinggakan ada yang mengalami keracunan makanan akibat dari makan di luar. Itu yang keracunan, belum lihat lagi ada yang temui jentik, ulat, tahi ayam serta bermacam-macam lagi pada makanan yang dibeli atau dimakan.
Seperti mana yang berlaku kepada gadis yang dikenali dengan nama Imey menerusi aplikasi TikTok. Di mana dia temui banyak telur lalat dalam mi sup yang ingin dimakannya. Bukan satu atau dua, malah terlampau banyak. Jika tidak perasan, pasti dan sangat pasti akan berlaku keracunan makanan.
Malah jika dilihat dari jauh, ia kelihatan seperti parut kelapa. Namun apakah ada yang masukkan parutan kelapa dalam mi sup? Tidak, kelapa parut bukanlah bahan utama. Sungguh menggelikan. Ekoran penemuan telur lalat yang begitu banyak ini, Imey menulis caption, minta kembalikan duitnya.
@kiutzz_ #disponsori Mana uang aing tinggal ituuuuu🥺 #fypシ #fyp #fypage #fypindonesia #dibaliklayar #sponsored #beranda
@kiutzz_ #disponsori Mana uang aing tinggal ituuuuu🥺 #fypシ #fyp #fypage #fypindonesia #dibaliklayar #sponsored #beranda ♬ suara asli – jasjus dust
Kejadian yang berlaku di Indonesia ini telah menarik perhatian warga TikTok. Rata-rata dari mereka berasa geli dan mual apabila melihat mi sup berkenaan yang dipenuhi dengan telur lalat. Ada yang mengatakan ianya adalah kelapa parut. Ada juga yang menulis komen, itulah antara sebab kenapa dia jarang membeli makanan dari luar.
Tidak kurang juga ada yang berseloroh mengatakan mi sup yang dipenuhi dengan telur lalat itu bagus untuk percernaan. Di mana ia mempercepatkan keluarnya makanan melalui mulut.
Walaupun ianya adalah kejadian di Indonesia, semoga para peniaga di Malaysia ini mengambil pengajaran dari apa yang berlaku. Telur lalat ini bukanlah satu perkara yang biasa, namun ia boleh menyebabkan keracunan yang teruk dan seterusnya boleh membawa maut. Jagalah kebersihan dalam semua aspek. Buat peniaga makanan pastikan makanan yang anda jual sentiasa dalam keadaan bersih dan selamat.
Kredit: TikTok Imey