Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Nasi Minyak Zaitun Yang Enak & Teksturnya Lebih Memukau Mata. Wajib Cuba!

Resepi Nasi Minyak Zaitun Yang Enak & Teksturnya Lebih Memukau Mata. Wajib Cuba!

Kategori: ,

Rupa-rupanya minyak zaitun pun boleh digunakan untuk membuat nasi minyak. Ada yang pernah makan ke Nasi Minyak Zaitun ini? Tidak dinafikan yang minyak zaitun ini mempunyai banyak khasiatnya yang tersendiri. Jadi kalau anda semua nak cuba buat nasi minyak menggunakan minyak dari buah zaitun, boleh cuba resepi di bawah ini.

Resepi ini dikongsikan oleh Cikgu Afy Al-Habibi, cara yang ditunjukkan adalah sangat mudah. Jadi tunggu apa lagi tu? Jom kita mula memasak sekarang.

Cara Buat Nasi Minyak Zaitun Yang Begitu Menyelerakan

Bahan-bahan:

  • Minyak zaitun
  • Beras basmatahi 2 cup
  • Daun bay
  • Serbuk perasa/kiub ayam

Bahan Tumis: 

  • Dua batang serai diketuk
  • 4 sekawan
  • 2 helai daun pandan

Bahan Kisar: 

  • 1 biji bawang merah saiz pingpong
  • 2 ulas bawang putih
  • Sehiris nipis halia

Cara Penyediaan:

  1. Mula-mula tuangkan satu senduk minyak zaitun. Kalau ada minyak sapi boleh gunakan tiga sudu besar.
  2. Kemudian tumis bahan tumis. 
  3. Setelah itu, masukkan bahan kisar dan tumis sehingga wangi.
  4. Masukkan juga daun bay sebagai penambah aroma.
  5. Kemudian masukkan beras basmathi yang ditoskan.
  6. Perasakan dengan sedikit serbuk perasa atau kiub ayam. Balik-balikkan biar beras mesra. 
  7. Kemudian pindahkan ke dalam periuk nasi. 
  8. Masukkan air. Boleh sukat dengan jari sahaja. 
  9. Kira air duduk atas ruas pertama jari tu lebih sikit je tau. Kemudian masak nasi macam biasa. 
  10. Selepas nasi masak, letak pewarna oren dan kuning seperti dalam gambar. Jangan letak banyak terus nanti tak cantik hasilnya. 
  11. Tak nak nasi patah, keluarkan dari periuk kaup balik perlahan-lahan dalam kuali begini. Ratakan pewarna tadi. 
  12. Kemudian tabur bawang goreng, daun ketumbar dan kismis. 
  13. Akhirnya bolehlah dimakan dengan lauk pilihan sendiri. 

Mudah sahaja kan nak buat Nasi Minyak Zaitun ini. Sekali rasa pasti jatuh cinta punya. Sekali je buat, lepas ni akan buat lagi dan lagi. Kalau betul-betul sedap dan menjadi jangan lupa kongsi resepi ini kepada kenalan anda ya.

Selamat mencuba!

Kredit: Afy AL Habibi

 

tags: | |