Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Dua Beradik Itu Cukup Makan..”, Penjelasan Sebenar Mengenai Kejadian 2 Beradik Meninggal Gara-Gara Makan Makanan Dari Tong Sampah

“Dua Beradik Itu Cukup Makan..”, Penjelasan Sebenar Mengenai Kejadian 2 Beradik Meninggal Gara-Gara Makan Makanan Dari Tong Sampah

Kategori:
2 beradik keracunan makan makanan tong sampah

Pada Ahad yang lepas, Malaysia digemparkan dengan kejadian 2 beradik warga Myanmar yang meninggal dunia kerana mengalami keracunan makanan. Difahamkan kejadian yang berlaku di Kampung Baru Sungai Tepa, Bukit Malut, Langkawi itu berlaku sekitar jam 5.40 petang.

Pada mulanya, bapa kepada dua beradik ini melihat keduanya berada berhampiran tong sampah dalam keadaan terhuyung-hayang. Kemudian dia membawa kedua-duanya ke rumah jiran berhampiran. Setelah beberapa minit, kanak-kanak tersebut sudah tidak lagi bernafas.

Penduduk tampil jelaskan hal sebenar, sumbangkan makanan

Ekoran kejadian itu, penduduk kampung berkenaan yang dikenali sebagai Paksu Kasim menjelaskan ketika ditemui Astro Awani. Kedua-dua kanak-kanak itu tidak menghadapi masalah untuk mendapatkan makanan. Menurut Paksu Kasim, ayah 2 beradik berkenaan bekerja sebagai pengawal keselamatan dan tukang membaiki bot.

Dalam masa yang sama, dia juga menangkap ketam dan kadang kala akan meninggalkan anak-anak di rumah jiran untuk dijaga. Tambahnya lagi, hasil dari itulah dia akan memberi anak-anaknya makan. Namun sebagai penduduk, dia pun turut berasa kasihan dan memberikan sumbangan setakat mampu.

Ayah mereka kerja sebagai pengawal keselamatan dan tukang membaiki bot.. dia juga tangkap ketam… kadang-kadang dia tinggal anak-anak di rumah jiran-jiran untuk jaga.

Dapat hasil tu dia bagilah anak-anak dia makan… tapi kita (penduduk kampung) pun kesian juga kita pun tolong. Kita bagi sumbangan yang kita mampu.

Malah Paksu Kasim juga turut memberikan beras, susu dan kadang kala kuih muih atau roti canai memandangkan dia merupakan peniaga roti canai. Dia juga turut memaklumkan, orang lain juga ada bagi makan sehinggakan kanak-kanak tersebut tidak larat untuk makan. Mereka cukup makan badan pun sihat.

Kadang-kadang saya bagi beras, bagi susu, sini saya berniaga roti canai… kadang saya kuih-kuih, roti canai. sampai budak tu pun tak larat makan

Kredit: Astro Awani

Baca juga: Kisah Tragedi 5 Beradik, Meninggal Dunia Sebab Makan Telur Ikan Kurau Tapi Rupanya Telur…

tags: