Sejak wabak virus Coronavirus melanda dunia beberapa tahun yang lepas, ramai yang semakin hari semakin hilang pekerjaan, hilang sumber pendapatan. Malah ada yang terpaksa menggadaikan semua barangan kemas dan barangan kesayangan demi meneruskan kelangsungan hidup.
Mungkin ada juga yang cuba mencari pekerjaan dengan menjual makanan dan cuba mencari pekerjaan lain. Namun dunia sekarang, akui ianya tidak mudah. Jika berada di tahap yang teruk, nak membeli makanan pun susah. Apatah lagi jika mempunyai anak-anak yang ramai dan anak pula meminta makanan yang mahal.
Seperti mana yang dikongsikan oleh seorang wanita yang dikenali dengan nama Fatin Athirah menerusi aplikasi TikTok berkenaan dengan anaknya yang tidak berhenti menangis gara-gara mahu makan KFC. Namun menurut fatin, dia tidak mampu untuk membelinya. Lebih kasihan lagi apabila anaknya dari pagi lagi minta untuk pergi ke KFC.
Tambah Fatin lagi, anaknya itu juga turut meminta untuk makan durian sehinggakan menyebabkan dia hilang sabar. Menerusi video berkenaan, kelihatan si anak yang comel itu tidak berhenti menangis sambil menyebut nak KFC.
https://www.tiktok.com/@fatenthiya/video/7064440641207520539?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id7029156571620214274
@fatenthiya kfc punya pasal.. #fyp #anak #kfc ♬ original sound – fatin_athirah
Menjengah ke ruangan komen, pelbagai komen dan reaksi dari warganet. Namun rata-rata warga TikTok yang melihat video berkenaan berasa kasihan kepada kanak-kanak tersebut. Malah ada juga yang bertanya di mana akak ini tinggal dan berniat untuk belanja adik ini KFC.
Dalam masa yang sama ada juga yang berkongsi cerita mengenai anak saudaranya yang nak makan KFC namun dibelikan ayam goreng seringgit. Tidak kurang juga ada yang turut meminta nombor akaun akak ini.
Sebagai ibu, pastinya kita akan berasa sedih teramat sangat apabila tidak dapat tunaikan apa kemahuan anak-anak. Lebih-lebih lagi dari segi makanan namun apa lagi yang boleh kita buat bila mana tiada wang. Terima kasih buat anda semua di luar sana yang mana menawarkan untuk belanja adik ini makan. Semoga hasrat adik ini untuk makan KFC tertunai.
Kredit: TikTok fatin_athirah